Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2012

Anak-anak mengerti semuanya

Imej
Ini tidak lebih kisah sebuah keluarga saya. Saya mencatatkannya sebagai kenangan sebagai sebuah dairi tahun baru 2012. 31 Disember setiap tahun saya dan keluarga meraikan sambutan ulangtahun kelahiran puteri bongsu. Sambutan biasanya ala kadar tanpa kemeriahan seperti orang lain buat. Tiada kek harijadi dan seumpamanya kerana bagi saya sambutan itu bukan wajib yang mustahak ialah mengingati. Tahun ini lebih menarik kerana Nur Aqilah menyambut ulangtahun ke-17. Selalunya disebut swetseventen. Seperti biasa dia akan menerima ciuman ucap selamat daripada ibunya dan saya termasuk kakak-kakaknya. Aqilah tiada abang. Pukul 8 malam selepas bersolat Magrib di surau lebuhraya berhampiran tol Sungai Besi saya, isteri dan dua orang anak (yang sulung dan bongsu-anak kedua masih bekerja malam itu di Hotel Singgahsana Petaling Jaya) memandu masuk ke tempat letak kereta hotel Singgahsana. Isteri dan Aqilah tidak mengetahui langsung apa yang sedang saya lakonkan bersama puteri sulong (Nur Atiqah). S