Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 24, 2011

Kerjaya dan Resiko

Imej
33 tahun lalu ketika saya sukar untuk memperolehi pekerjaan ibu agak sukar membenarkan saya memohon kerjaya tentera mahupun polis. Namun suatu hari dalam tahun 1979 saya mencuba nasib memohon jawatan polis dengan harapan boleh menjadi jurufoto PDRM. Ibu mengizinkan dengan helah saya itu. Saya gagal kerana saiz dada saya tidak besar. Mungkin juga perasaan ibu yang sukar menerima saya menjadi polis maka kegagalan itu ada kaitan dengan doa ibu? Kalau takut dilambung ombak, jangan bermain laut. Resiko tetap wujud dalam apa juga kerjaya. Sejak 1979 saya menjawat jawatan jurufoto di UKM. Ibu lega. Namun ibu tidak tahu kerjaya ini mempunyai risiko tersendiri. Cuma ibu tidak memahami kerjaya ini kerana dia hanya mengetahui kerja ini hanya merakam gambar. Saya sering mengikuti beberapa kursus mengenai cara menangani risiko di tempat kerja. Apa yang saya faham semua kerjaya mempunyai risiko tersendiri. Kita tidak boleh menganggap semua kerjaya mempunyai risiko maut hanya ada pada tentera,

Saya mengembara lagi.

Imej
2 Julai 2011, 9.40 pagi: Saya sampai untuk ke sekian kali di Langkawi. Kali ini saya datang untuk membuat rakaman kegiatan UKM Global Student Mobality Partnerships 2011 kali ketiga. Cuaca di Langkawi cerah dan menarik untuk merakam gambar. Hari pertama kami melawat Underwater World yang terletak di Pantai Cenang. Pertama kali masuk ke sini dengan layanan VIP (tanpa bayaran). Maklumlah UKM bukan baru dengan Langkawi. Kerana UKM telah mengusahakan taraf Geopark kepada Langkawi. Kuliah di lapangan oleh Prof. Dr Safie 3 Julai 8.40 pagi: Hujan turun dengan lebat di Langkawi Geopark. Perjalanan bas UKM ke Kompleks Galeri Lestari UKM di Langkawi. Program ini dibuat memandangkan hujan amat lebat dan tidak sesuai untuk semua pelajar pergi ke Telaga Tujuh.  Galeri ini menempatkan bahan-bahan pameran mengenai Langkawi Geopark. Lestari UKM bertanggungjawab membangunkan galeri berhampiran setesen Kereta Kabel Langkawi. Oleh kerana hujan masih turun dan cuaca di persekitaran Puncak Matcincang