Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 26, 2011

Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011

Imej
10.15 pagi: Saya memasuki perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak di Kuala Kubu Bharu, atau lebih tepat Ampang Pecah. IKBN ini merupakan tempat baru yang menggantikan IKBN lama yang kini telah menjadi Empangan Sungai Selangor. Saya terpesona IKBN baru kerana memiliki ciri-ciri sebuah kolej pengajian yang cantik, selamat dan amat sesuai melahirkan belia-belia berkemahiran tinggi. Saya tidak mengharapkan untuk bertemu rakan-rakan lama ketika berada di IKBN kerana pada saya mereka mungkin tidak dapat hadir, kerana tidak tahu, sudah uzur dan sebagainya. Maklumlah rakan-rakan lama yang sama-sama bergaul ketika berkursus di IKBN pada tahun 1977 sudah berusia. Kalau ada mungkin mereka sibuk dengan tugas. Saya agak bertuah kerana Azmi yang bertugas di Jabatan Penerangan dapat ikut serta. Walaupun ada waktunaya Azmi sering sibuk kerana tugasan di dalam atau luar negara. Tapi semasa saya datang untuk mendaftar diri, beliau sudah datang lebih awal. Rakan-rakan yang hadir semuanya

Cikgu Haji Soin bin Haji Haron

Imej
Ketika rakan-rakan alumni IKBN Peretak membuat rancangan untuk melawat Cikgu Soin saya berkata tidak mahu ikut. Namun apabila diberitahu rumah beliau dekat dengan Pekan Kuala Kubu Bahru saya mengubah fikiran untuk ikut serta. Kehadiran kami dengan enam buah kereta memeriahkan laman rumah Tuan Haji Soin. Wajahnya ceria seperti menyambut kepulangan anak menantu di musim Aidilfitri. Beliau memperkenalkan keluarganya. Beberapa orang anaknya memegang jawatan penting di negara kita. Haji Soin seorang guru kelas Jahitan dan Fesyen ketika saya dan rakan-rakan belajar di IKBN Peretak. Ramai anak-anak muridnya telah berjaya dalam bidang fesyen pakaian. Malahan terdapat anak muridnya membuka kedai. Berkali-kali Haji Soin menyebut nama seorang usahawan kedai pakaian di Sungai Petani, Kedah. Dia berbangga dengan bekas muridnya yang berjaya dalam perniagaan membuat pakaian. Malahan beliau gembira menyebut ada anak muridnya tidak lupa mengirim kad ucap selamat hari raya setiap tibanya Aidilfitr

Air mineral dari bukit

Imej
Hampir pukul 7 malam ketika melalui Jalan Bukit Freaser ke Kuala Kubu Bahru, saya melihat terdapat orang ramai sedang mengambil air di tebing berhampiran Empangan Selangor.Terdapat tiga keluarga Melayu, satu Cina dan seorang India. Saya sempat turun melihat kegiatan kerja-kerja yang sedang mereka lakukan. "Nak ambil air ke?", sapa seorang lelaki Cina kepada saya. Saya berkata tidak. Cuma turun sebentar untuk berehat. "Awak kalau ambil ini air mesti ketagih macam ganja oooo" kata lelaki Cina itu dengan ramah. Saya hanya tersenyum. Menariknya mereka seperti bermuafakat dalam proses mengambil air yang kelihatan jenis dan bersih. Air itu datang dari bukit yang berdekatan. Lelaki India dari Klang datang dengan membawa hampir sepuluh botol sederhana besar. Menurut beberapa orang yang saya temui di kawasan tadahan itu air yang mereka ambil mempunyai rasa yang sedap. Mereka tidak meminum airm lain selain air tersebut. Ada ketikanya ramai pengunjung yang datang jauh u

Dr Palson

7.30 pagi 25 Jun: Mengambil Murtada di Kolej Ibrahim Yaakop UKM. Saya hantar Murtada di Balai Berlepas LCC. Beliau pelajar yang saya pilih untuk mengikuti program fotografi anjuran Masum di Universiti Malaysia Sabah. 8.30 pagi: Singgah di Hentian Rehat Dengkil kerana ingin bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu. Mata seperti biasa memilih apakah jenis sarapan hari ini. Kelibat seorang lelaki memberikan senyuman yang biasanya saya tidak mengeciwakan. Agak terkejut bila lelaki itu menyebut nama saya. Dia memberikan salam sambil berjabat tangan. Namun salamnya belum saya jawab, tetapi hati berdetik ingin tahu. "Saya sudah memeluk Islam tahun 2008", "Oh......waalaikummussalam.....Sambil memegang kedua bahunya. Alhamdulillah...syukur....saya bersuara dengan agak tinggi apabila Prof Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah menceritakan segala-galnya. Beliau sudah berkahwin dan hari itu dia dalam perjalanan ke Kedah untuk urusan pertunangan abang