Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 5, 2011

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

Imej
Satu kaedah membuat promosi perniagaan kita ialah dengan mengadakan iklan. Iklan boleh dibuat di berbagai medai. TV, radio, akhbar, laman web, blog papan iklan dan sebagainya. Iklan di media begini sudah semestinya kena bayar. Harganya tidak murah malahan hingga puluhan ribu ringgit. Siapa yang mampu dan syarikat besar sahaja yang boleh mengiklankan jenama mereka di media yang saya sebut tadi. Paling murah mungkin dengan membuat salinan foto copy dan disisihkan dalam akhbar harian atau mingguan. Kadar bayaran yang munasabah akan dikenakan oleh pengedar akhbar. Membuat banner juga mampu menjual produk kita dengan kos yang murah. Saya terpanggil untuk mengulas satu siaran TV baru-baru ini mengenai iklan haram yang ditampal di merata tempat. Paling menyedihkan ditampal pada papan iklan orang lain. Ada yang berani menampal pada papan tanda arah yang dibina oleh majlis perbandaran mahupun daerah. Apa sudah jadi ni? Saya pernah ternampak iklan ini di tampal pada tanda arah stese

Jurufoto mesti berilmu

Apabila seorang rakan menelefon saya pagi tadi memberitahu masalah yang sedang dihadapinya mengenai anak lelakinya yang terlalu gilakan kamera sehinggakan tidak mahu belajar ke tingkatan empat setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR membuatkan saya bergurau dengan dengan kata-kata berikut, "aku dengar masalah kau ni sampai terasa geli kepala lutut". Dia ketawa, namun ketawa dalam kekeciwaan. "Aku bukan apa....Raai, keputusan dia bagus. Ada A...kalau dia sekolah sekarang ni dah tingkatan lima. Ni tak dia beli kamera sampai dua tiga ribu siap lens yang baik, dengan kawan dia buat job orang kawin sampai ke Kedah la dan berbagai lagi. Aku nasihat, cikgu dia nasihat dia kata cikgu tak pandai. Aku ingat kau kena tolong. Aku dah pening........". Terang kawan saya di dalam telefon denga nada resah tapi saya pasti dia keciwa. Aduhai....kesian kawan saya ni fikir saya. "Kau tak cakap kat dia kena ada SPM lepas tu boleh masuk mana-mana IPT buat diplo

Hak peribadi, kelurga dan ketua jabatan

Imej
Profesor Dr Kamarudin M Said dalam ucapannya sewaktu merasmikan Hari Keluarga Penerbit UKM ada mengungkapkan kata berikut, "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri dan suami serta anak-anak yang memahami budaya kerja suami, isteri dan ayah. Mereka ini bekerja tanpa mengira masa, ada waktunya tidak pulang ke rumah hampir seminggu kerana menjalankan tugas demi UKM khasnya". Dalam satu perhimpunan yang besar kerenah tetap wujud yang menguji kesabaran antara satu dengan yang lain. Menurut Prof Kamarudin, budaya kerja ini menjadi satu kebiasaan kepada warga Penerbit UKM lebih-lebih lagi apabila melibatkan majlis-majlis besar yang akan dilangsungkan atau sedang berlangsung. Andai beberapa tahun dulu membawa anak, kini mendukung cucu pula Lazimnya warga Penerbit UKM sudah biasa berkampung, tidur dalam satu bilik hotel mahupunhj chalet apabila menjalankan tugas di luar kampus. Namun mengumpulkan staff bersama keluarga hanya mampu dilakukan sesekali sahaja