Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 15, 2011

Hamba Allah yang istimewa

Imej
Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, Bangi memberikan pengetahuan istimewa kepada saya petang tadi. Saya hadir ke situ untuk mengambil kaki palsu Fairus, anak saudara kepada isteri. Kaki palsu yang telah ditempah oleh Fatimah adik ipar saya seminggu lepas.  Anaknya Fairus mengalami kecacatan pada kaki kiri setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. Akibat kemalangan itu Fairus tidak dapat bergerak dengan sempurna. Fatimah ibu kepada Fairus mengharungi kepayahan anaknya demi masa depan agar cerah dikemudian hari telah memohon kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Kerana Fairus saya dapat mengenali bengkel membuat kaki tiruan itu dan dapat berkenalan dengan Haji Hajarudin yang telah bersara wajib ketika usia 56 tahun empat tahun lalu. Kini Haji Hajarudin menyambung tugas itu secara kontrak. Dalam usia 60 tahun Haji Haja mampu menjadi pereka kaki tiruan disamping mengajar kepada pelatih-pelatih di situ bagaimana menghasilkan anggota tir
1965: "Siapa yang tak boleh tulis ejaan ini tak boleh keluar makan", kata seorang Cikgu wanita dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Sambil makan biskut lemak empat segi keras, dia meneguk air teh O. Saya menahan sedih sebab sedang dahaga. 1969: Apabila motosikal Honda 50 Cikgu Hamidah memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Lembu, Sungai Lalang, Kedah semua budak sekolah yang sama darjah dengan saya memandang kepadanya. Mana tidaknya dibelakang Cikgu Hamidah tertenggek saya menjadi penumpangnya. Ramai yang kata aku anak emas Cikgu Hamidah. 1974: Guru Sains kecil molek menyuruh kami membuka muka surat.....tetapi meninggalkan bab persenyawaan. Kami pelajar lelaki membantah kenapa tak nak ajar bab itu. Kata guru tersebut baca sendiri. Kalau tak faham nanti tanya Cikgu Ismail. Semuanya tinggal kenangan. Selamat Hari Guru.