Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 1, 2011

Semuanya kehendak Allah

Imej
Membuat keputusan untuk balik ke Kedah pada pukul tiga pagi dari Bangi bukan satu perkara yang mudah bagi saya. Saya perlu mengejutkan keluarga pada pukul 1.30 pagi ketika mereka sedang diulit mimpi. Namun itulah hakikatnya apabila saya mengambil keputusan balik ke kedah pada 30 April hingga 2 mei lalu. Namun usaha itu berbaloi apabila saya dapat memenuhi jemputan Haji Mohamad Samah yang  mengadakan majlis walimatul urus puteri kembar bongsu yang terakhir di Yan Kecil. Puteri kembar (yang bongsu) Haji Mohamad Samah Kebiasaannya apabila  balik ke Kedah, saya suka mencari rakan-rakan lama yang sudah lama tidak bertemu. Justeru selepas selesai menghadiri kenduri di rumah Haji Mohamad, saya menyusuri ke Gurun. Di sini saya bertemu dengan Rashid yang telah berpisah lebih sepuluh tahun, Rashid telah bersara dari angkatan tentera, kini bertugas di Gurun. Oleh kerana Rashid sedang bekerja, maka saya tidak lama bersamanya. Namun pertemuan singkat ini amat