Catatan

Tunjukkan catatan dari April 17, 2011

Kalau belum ditakdirkan

Imej
Ketika di minta untuk ke Taman Negara, Pahang bersama Ketua Jabatan dan Ketua Unit Foto Penerbit UKM, hati saya berbelah bahagi kerana tarikh 18 April merupakan hari kedua selepas menyambut ulangtahun kelahiran ke-53. Bukan menjadi satu kepercayaan yang karut tapi setiap selepas atau sebelum tarikh 17 April saya tidak suka membuat kerja-kerja yang agak mencabar. Namun selalunya saya membuat tidak peduli dengan usikkan perasaan demikian kerana tidak mahu mendahului takdir Allah. Sebelum kejadian Sebelum bertolak ke Taman Negara, Prof Dr Kamarudin M.Said berpesan agar saya bergilir-gilir dengan Ismail memandu keretanya. Namun oleh kerana ismail yang belum pulih sepenuhnya sakit kaki akibat terkena paku maka saya dapat memandu dengan selamat selama empat jam 30 minit ke Kuala Tahan, Pahang. 19 April 2011: Cuaca amat cerah ketika kami bertiga (saya, Prof Kamarudin dan Azlan, pemandu van UKM) telah menaiki sampan untuk ke Lata Bekok menerusi Sungai Tahan. Terus terang saya nak katakan