Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 27, 2011

Mari kita buat perkara yang sama

Imej
Kisah pertama: Hari Ahad lepas disebelah pagi saya membuat salinan kunci di sebuah kedai. Kedainya sederhana sahaja tidak seperti kedai-kedai lain di dalam komplek perniagaan yang terkenal di Bandar Baru Bangi. Kedai itu bukan sebuah kedai kunci tetapi sebuah kedai menjual bag dan berbagai barang yang menyerupai sebuah kedai runcit. Pemilik kedai berbangsa Cina, peramah orangnya walaupun saya baru pertama kali ke situ. Menariknya pemilik kedai ketika berbual dengan saya berkata, buat apa mau gaduh-gaduh bila berniaga. Sama-sama cari makan.  Apabila saya bertanya, orang Cina ada yang suka bergaduh dalam bidang perniagaan. Pemilik kedai itu berkata ada, tetapi sangat kurang. Kenyataan beliau mengesahkan anggapan saya sebelum ini. Ini jelas dari cara dia menerima saya sebagai pelanggan sebentar tadi apabila ada sejenis kunci, dia tidak dapat membuatnya kerana agak mahal. Namun pemilik kedai ini mencadangkan saya pergi ke sebuah kedai di Hentian Kajang. Cara dia membuat syor