Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 16, 2011

Di suatu sudut sebuah restoran

Apalah salahnya membenarkan seorang sukarelawan rumah anak-anak yatim  dan orang-orang tua memungut derma di suatu tempat awam? Kalau alasannya kerana tidak meminta kebenaran, tetapi sudah agak lama beliau berada di situ. Tiba-tiba dia hilang dan setelah saya bertemu dengan ustaz yang menjadi sukarelawan itu memberitahu pengurusan tempat bangunan lama tidak membenarkan dia menjalankan kegiatan tersebut. Adakah kerana ada pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kegiatannya menyebabkan pihak berkuasa bangunan berkenaan "menghalau" sukarelawan itu. Sedangkan saya pernah berbual dengan sukarelawan tersebut mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk makan minum serta kegiatan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Ketika bertemu seorang kakitangan yang berkuasa keatas bangunan (permis ) tersebut memberitahu saya bahawa sukarelawan itu tidak membuat permohonan kepada pihak pengurusannya. Kata saya janganlah salah anggap dengan orang itu sebab dia memungut derma untuk 

Semarak Misi Rekod Dunia 2011 oleh Pendaki Solo

Imej
Mengabadikan kenangan bersama Mr Solo Jom naik Bukit Broga. Saya menerima mesej peribadi Facebook daripada Pendaki Solo, Mohd Nor Amin pada 13 Januari 2011 lalu.Pada mulanya saya ingat beliau bergurau. Namun setelah beberapa minit akhirnya saya percaya beliau tidak bergurau. Akhirnya saya bersetuju dengan pelawaannya dan menghebahkan misi beliau di halaman FB. Sambutan sebenarnya tidak hebat. Kami membuat keputusan berkumpul di depan sebuah bank di Pekan Semenyih. Sekitar pukul 8 pagi saya bersama beberapa orang rakan telah memandu menuju Bukit Broga yang terletak sejauh 4 kilometer dari Pekan Semenyih. Zack mempunyai semangat yang tinggi. Manakala yang menariknya Zul yang saya kenal hanya menerusi Fb telah datang bersama abangnya dari Pulau Pinang dan dua orang rakan sekolejnya. Saudara Alias yang menjadi pembantu peribadi Mr Solo datang bersama tunangnya menjadi Juruvedio dalam pendakian ke Bukit Broga setinggi 400 meter dari paras laut. Ceramah percuma Pendaki Solo (dud