Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 2, 2011

Menoleh kembali ke arah belakang

Imej
Ketika saya memandu di daerah pendalaman Kedah pada 27 Disember 2010 lalu anak sulung saya berkata, " ayah bercerita kisah-kisah lama macam kelakar". Saya bertanya balik, "apa Along dan adik-adik tak percaya ke? Kalau tak percaya, malam ni cuba tanya Pak Ngah Wahid betul ke tidak cerita ayah ni". Adik-adiknya menyahut, " percaya...." Apa tidaknya, saya bercerita kisah-kisah yang berlaku 30 dan 40 tahun lalu. Kisah ketika saya berada di daerah ini (Sik). Kisah pergi sekolah pukul 5 pagi dari Kampung Sungai Batang (kini Tasik Beris). Namun mereka teruja apabila saya berhenti untuk seketika di pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Satu-satunya sekolah yang ada di Sik sekitar tahun 1970an. Walaupun saya tidak masuk ke perkarangan sekolah, namun dari luar saya masih dapat mengamit memori tahun 1970-1975. Kisah saya menjaga jalanraya bersama rakan-rakan. Kisah Kebawah Duli Sultan Kedah berangkat ke sekolah itu. Waktu itu majlis itu cukup hebat. Mak

Puncak Beris yang damai

Imej
Ketika  berhenti untuk merakam gambar pemandangan Tasik Beris, saya disapa oleh seorang lelaki bersongkok putih dari dalam sebuah rumah. Kemudian kami bersalaman dan dia memperkenalkan namanya Rashid. Apabila saya mengetahui beliau adalah pemilik Chalet Puncak Beris maka saya memperkenalkan diri bahawa pernah mendiami Kampung Sungai Batang tiga puluh satu dahulu.   Sifat keramahan Haji Rashid bertambah lagi apabila saya memberitahu ingin merakam untuk dibawa balik ke UKM bagi tujuan mempromosi chalet beliau kerana ada waktunya kami membuat kursus pendek di luar kampus. Puncak Beris berkeluasan 9 ekar. Haji Rashid membeli tanah tersebut dari dua belas pemilik setelah tanah mereka berbaki hanya sedikit setiap seorang ketika pembinaan Tasik Beris. Dengan keluasan tanah sebanyak itu maka Haji Rashid telah membina bangunan chalet untuk kemudahan peminat alam semulajadi. Kepada peminat aktiviti air seperti berkayak, berakit, memancing boleh menyewa chalet beliau pada kadar yang amat murah.

Kenangan hujung tahun 2010

Imej
 Banyak kenangan kami sekeluarga ketika berada di Perak, Pulau Pinang dan Kedah sepanjang bercuti di sana dari 25 hingga 28 Disember 2010. Saya dan keluarga ke sana kerana ada kenduri kahwin di dua rumah sepupu. Satu pada 25, dan satu lagi pada 26 Disember. Bertemu rakan facebook di Parit Buntar iaitu Sdra Rahim dan isterinya. Berkunjung ke ladang anggur Tasik Beris tidak menariknya. Walaupun singkat sahaja percutian saya, namun hasrat untuk menghubungkan silatulrahim antara keluarga sahabat telah tercapai. Mudah-mudahan diberkati Allah kepada kami dan mereka yang sudi menerima kami sebagai tetamu 25 Disember 2010: Singgah di rumah Sdra Rahim dan Shafa, Parit Buntar, Perak  26 Disember 2010: Bersama keluarga di Permatang Pasir, Permatang Pauh Isetri saya ( duduk dua dari kiri) di Permatang Pasir, Permatang Pauh 27 Disember 2010: Di Ladang Anggur Tasik Beris  Di Tasik Beris Di Ladang Anggur Tasik Beris  27 disember 2010: Di pekan rabu, Alor Setar

Tasik Beris

Imej
Kali terakhir saya datang ke Kampung Sungai Batang ialah pada tahun 2002 kerana urusan mengecam kubur arwah ayah kerana akan digali dan dipindahkan ke kubur baru di Beris Jaya. Selepas itu Kampung Sungai Batang hanya tinggal nama, namun masih terpapar di peta Google! 27 Disember 2010 saya bersama keluarga kembali ke sana namun hanya melihat Tasik Beris hasil yang terbentang luas dari bekas Kampung Ternas hingga ke Kampung Batu Seketol. Perubahan begitu ketara kerana hasil terbinanya tasik ini maka wujudnya pulau-pulau kecil, jambatan besar dan yang paling menarik telah wujud chalet-chalet dan Ladang Anggur Beris. Terbinanya Tasik Beris telah melihat kawasan ini telah menjadi tempat kunjungan pengujung dari luar Daerah Sik. Pulau ini pernah terdapat rumah-rumah suatu ketika dulu Kawasan Kampung Paya Pemandangan dari Chalet Puncak Beris Bekas Jalan Sik ke Nami, Gubir, Alor Setar Lagi gambar di Tasik Beris tidak sebesar Tasik Cini, T