Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

2011-Tahun Kemesraan

| Kenapa kita bertemu lagi setelah sekian lama terpisah | Ada rahmatnya, mungkin Allah menemukan semula untuk kali terakhir | Selepas itu diharap tiada dosa diantara kita! | Angka 2011 atau tahun 2011 merupakan tahun istimewa buat saya. Saya bukan hendak membawa bercerita soal angka. Tetapi bagi saya tahun ini tahun kemesraan. Alumni IKBN Peretak yang adakan pada tahun ini membawa erti kepada saya. Kerana dengan wujudnya alumni ini membawa saya mengenali rakan-rakan baru. Mereka hebat-hebat belaka. Setelah kami mengadakan mesyuarat agung pada bulan Jun kami telah menganjurkan satu masjlis sambutan hari raya Aidilfitri. Inilah titik persahabatan yang sukar saya lupakan. Hasilnya saya dapat memperkenalkan kepada keluarga bagaimana saya memulakan kerjaya sebagai Jurufoto. Baca kisahnya di sini Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011 Satu kejadian menimpa saya ketika berada di Taman Negara, Pahang membawa erti hidup ini harus waspada. Maut ada menanti di mana-mana

Nostalgia Majlis Reunion SMK Sik-2011

Imej
Hari ini sudah seminggu masa berlalu. Hari Jumaat lepas (16 Disember 2011) saya mencipta sejarah baru. Hari ini hanya tinggal kenangan. Pintu utama SMK Sik sekarang. Sdra Majid melayan anak lelaki bongsunya Saya kembali ke Sungai Petani, Kedah sorang diri tanpa keluarga. Isteri saya memang kenal perangai semulajadi yang suka mengembara. Dia mungkin pasrah dengan kerektor saya. Kalau seminggu meninggalkan rumah kerana tugas itu sudah lumrah. Kerana beliau tahu kerjaya saya budaya hidupnya adalah begitu. Namun kalau saya tidak ke mana-mana saya adalah manusia yang suka dudu di rumah dan makan apa sahaja walaupun lempeng atau cucur kodok (jemput-jemput ikan bilis).  (Duduk kiri sekali) Prof. Madya Dr Chek Derasid (adik sdra Majid) sekarang merupakan seorang ahli akademik di Universiti Utara Malaysia. Anak jati Sungai Batang yang berjaya memperolehi PhD. Kenapa saya ke Sungai Petani itu telah saya catatkan sebelum ini dalam catatan berikut : Jiwaku Karam . Namun dalam cat

Apa boleh buat

Imej
14 Disember setelah membuat keputusan nak balik Kedah untuk majlis reunion sekolah, saya membuat keputusan hendak menggunakan KTM. Kerana dah lama tak naik keretapi antara bandar maka saya membuat cadangan itu dan ke KL Senteral. Saya keciwa kerana tiket untuk perjalanan 15 Disember telah habis. Menyusuri laluan LRT saya ke Pudu Central (sebelum ni Pudu Raya) bersama isteri. Kalau ke Kuala Lumpur sebenarnya saya lebih selesa naik keretapi eletrik sahaja. Teruja juga bila masuk sahaja Pudu Central isteri saya menjadi macam "rusa masuk kampung" (termasuk saya...). Keratan akhbar tulisan saya. Apa istimewanya Pudu Central (PC) sehinggakan kami teruja. Pertama di sinilah berputiknya hubungan kami berdua yang membawa ke jinjang pelamin! Kedua di PC lah tempat saya menghantar dia balik kampung setiap kali nak balik ke Muar. Ketika, PC telah mengubah warna kehidupan Pudu Raya (PR). Sebelum ini. Saya pernah menulis dalam Watan sekitar tahun 1980an mengenai PR. Saya kagum denga

Jiwaku Karam

Imej
Hasrat menghadiri majlis alumni pelajar SMKSik membara. Namun menunggu masanya memang agak lama juga kerana saya telah sampai di Sungai Petani sejak pukul 5.30 pagi. Oleh kerana Majid meminjamkan keretanya maka saya mengambil kesempatan balik Beris Jaya seketika untuk bertemu abang angkat saya Haji Wahid. Hubungan saya dengan beliau memang luarbiasa kerana budinya membantu emak ketika sakit sukar utnuk saya bayar dengan harta dunia.  Alhamdulillah saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Beris Jaya dan bertemu dengan ramai sahabat lama. Malahan dapat bertemu dengan orang yang sudah 32 tahun saya ketemu. Impian saya tercapai. Menariknya selepas solat Jumaat saya kembali ke rumah Haji Wahid dan mendapati ada kenduri keluarga. Haji Wahid menghimpunkan adik beradiknya, anak saudara, cucu-cucunya dalam satu makan tengahari. Penuh ruang dapurnya. Meriah sekali dengan menu makanan orang kampung. Nasi berkarikan ikan, berlaukkan ikan masin, berulamkan petai dan sambal belacan. Saya terharu ker

Dingin Subuh di Sungai Petani

Imej
Saya tiba di bandar Sungai Petani sekitar pukul 5.30 pagi. Ketika saya berjalan kaki dengan dua buah beg, (beg pakaian dan kamera) suara Bilil membaca Tarhim Subuh berkumandang dari masjid begitu menggamit hiba. Berjalan seorang diri dalam kedinginan malam setelah turun dari bas untuk menuju ke masjid agak membimbangkan kerana membawa sebuah beg berharga. Suara Bilal semakin jelas itu menanda masjid yang saya perlukan untuk bersolat Subuh itu sudah hampir. Setibanya saya di perkarangan Masjid Sultan Mudzaffar Shah, Bilal mengumandangkan azan. Syahdu sekali dan terasa pagi itu dunia ini cukup berharga buat seorang musafir kerana Allah telah memberikan ruang masa untuk saya berjumaah. Syukur saya dapat bersolat Subuh di Masjid Sultan Sungai Petani begitu istimewa buat saya sehingga kini. Pada bulan April tahun ini saya membawa keluarga keliling bandar ini semata-mata hendak memberikan gambaran jerit perit bersekolah dalam darjah satu pada tahun 1965. Mereka mungkin tidak akan perc

Digamit rindu

Imej
Pada mulanya saya tak berapa kisah dengan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah yang akan diadakan pada 16 Disember 2011. Sebabnya ialah kerana memikirkan tidak semua yang saya kenal. Perasaan rendah diri timbul kerana memikirkan mungkin cikgu-cikgu yang pernah mengajar di sekolah tersebut hanya akan melayan alumni yang berpangkat sahaja.  Seorang sahabat Facebook mencadangkan saya hadir. Namun perasaan saya masih sejuk. Saya kata kepada beliau saya ni orang kecil. Beliau menambah, "saya kenal Raai, maka Raai harus ikut". Memujuk-mujuk dia agar saya setuju untuk turut serta. Pada 14 Disember saya membuat panggilan telefon kepada En Mat Bakar. Beliau dalam nada gembira berkata saya harus pergi. Selang lima minit kemudian saya menghubungi Sdra Arie ia itu salah seorang urusetia bahawa tolong tempah satu nama saya untuk malam Sabtu 16 Disember 2011. Saya mengambil keputusan menaiki bas untuk balik ke Kedah setelah impian untuk menaik

Selagi Ada Kudrat

Imej
Kami semakin mesra

Sedutan ucapan saya selaku Pengerusi Sambutan Hari Raya Alumni IKBN Peretak

Imej
Saya hanya merancang Allah jua yang memberikan rahmatNya. Apakah ini buah tangan saya terakhir? Di hujung tahun 1977 saya meninggalkan bumi IKBN Peretak dan balik ke kampung. Dua minggu saya menjadi seorang anak muda yang murung. Sehinggalah suatu hari Ibu saya bertanya kenapa jadi begitu. Sakit ke atau sebagainya? Tuan-tuan dan puan puan, saya menjadi seorang perindu pada sebuah kebisingan dunia IKBN waktu tu Pusat Latihan Belia Negara. Saya memaklumkan kepada Ibu bahawa saya rindukan hilai tawa rakan-rakan yang berada di peretak. Ketika itu dunia komunikasi  hanyalah surat. Namun untuk mengirim surat sebenarnya tidak semudah kita jangkakan kerana tidak semua rakan-rakan dapat membalas surat kita. Acap kali saya ke Bukit Freaser saya melalui PLBN Peretak. Wajah Cikgu Majid, Cikgu Haidar, Miss Gomes (yang kami angggap aunte ketika itu), beliau terkenal dengan bebelannya. Masakkan asam manis tukang masak IKBN yang saya rindui. Itu adalah senario 30 tahun dulu. Kedewasaan

Rahsia, Rahmat dan Inilah Takdir Allah.

Imej
(Maaf, kerana saya ingin mencatatkan sebuah kisah yang agak berat pernah saya lalui namun tidak seberat yang dihadapi oleh insan lain). 4 Julai 2011: Ketika saya terjatuh di hutan bakau Jeti Kilim, Langkawi Geopark semasa bertugas di sana sebenarnya semangat saya merudum hampir lapan puluh peratus. Saya diangkat orang lima atau enam orang ketika kaki tersepit di akar bakau. Lebih membuatkan saya lemah semangat ialah terdapat bunyi dibahagian kaki. Akhirnya saya dapat tahu ia adalah bunyi akar pokok bakau. Namun selepas itu pening seperti hendak pitam. Dalam topik Kerjaya dan Resiko telah saya catatkan kisah ini.  Saya dibawa ke Hospital Langkawi. Hampir satu jam setengah baru dapat dapat bertemu doktor. Baru saya merasai bagaimana Hospital Langkawi memberi menafaat kepada penduduknya. Sehingga 7 Julai saya masih menderita sakit. Namun pada 8 Julai saya masih meneruskan tugas ke Skudai, Johor dan pada 14 hingga 19 Julai saya ke Sabah. Tugas saya teruskan kerana memikirkan saya masi

Kerjaya dan Resiko

Imej
33 tahun lalu ketika saya sukar untuk memperolehi pekerjaan ibu agak sukar membenarkan saya memohon kerjaya tentera mahupun polis. Namun suatu hari dalam tahun 1979 saya mencuba nasib memohon jawatan polis dengan harapan boleh menjadi jurufoto PDRM. Ibu mengizinkan dengan helah saya itu. Saya gagal kerana saiz dada saya tidak besar. Mungkin juga perasaan ibu yang sukar menerima saya menjadi polis maka kegagalan itu ada kaitan dengan doa ibu? Kalau takut dilambung ombak, jangan bermain laut. Resiko tetap wujud dalam apa juga kerjaya. Sejak 1979 saya menjawat jawatan jurufoto di UKM. Ibu lega. Namun ibu tidak tahu kerjaya ini mempunyai risiko tersendiri. Cuma ibu tidak memahami kerjaya ini kerana dia hanya mengetahui kerja ini hanya merakam gambar. Saya sering mengikuti beberapa kursus mengenai cara menangani risiko di tempat kerja. Apa yang saya faham semua kerjaya mempunyai risiko tersendiri. Kita tidak boleh menganggap semua kerjaya mempunyai risiko maut hanya ada pada tentera,

Saya mengembara lagi.

Imej
2 Julai 2011, 9.40 pagi: Saya sampai untuk ke sekian kali di Langkawi. Kali ini saya datang untuk membuat rakaman kegiatan UKM Global Student Mobality Partnerships 2011 kali ketiga. Cuaca di Langkawi cerah dan menarik untuk merakam gambar. Hari pertama kami melawat Underwater World yang terletak di Pantai Cenang. Pertama kali masuk ke sini dengan layanan VIP (tanpa bayaran). Maklumlah UKM bukan baru dengan Langkawi. Kerana UKM telah mengusahakan taraf Geopark kepada Langkawi. Kuliah di lapangan oleh Prof. Dr Safie 3 Julai 8.40 pagi: Hujan turun dengan lebat di Langkawi Geopark. Perjalanan bas UKM ke Kompleks Galeri Lestari UKM di Langkawi. Program ini dibuat memandangkan hujan amat lebat dan tidak sesuai untuk semua pelajar pergi ke Telaga Tujuh.  Galeri ini menempatkan bahan-bahan pameran mengenai Langkawi Geopark. Lestari UKM bertanggungjawab membangunkan galeri berhampiran setesen Kereta Kabel Langkawi. Oleh kerana hujan masih turun dan cuaca di persekitaran Puncak Matcincang

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

SKUDAI, JOHOR , 13 Julai, 2011 – Pasukan Kor Suksis (Sukarelawan Polis Siswa Siswi) UKM turut hadir di Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil bagi IPTA seluruh Malaysia ke7 di sini Ahad lalu....... Lihat seterusnya

Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011

Imej
10.15 pagi: Saya memasuki perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak di Kuala Kubu Bharu, atau lebih tepat Ampang Pecah. IKBN ini merupakan tempat baru yang menggantikan IKBN lama yang kini telah menjadi Empangan Sungai Selangor. Saya terpesona IKBN baru kerana memiliki ciri-ciri sebuah kolej pengajian yang cantik, selamat dan amat sesuai melahirkan belia-belia berkemahiran tinggi. Saya tidak mengharapkan untuk bertemu rakan-rakan lama ketika berada di IKBN kerana pada saya mereka mungkin tidak dapat hadir, kerana tidak tahu, sudah uzur dan sebagainya. Maklumlah rakan-rakan lama yang sama-sama bergaul ketika berkursus di IKBN pada tahun 1977 sudah berusia. Kalau ada mungkin mereka sibuk dengan tugas. Saya agak bertuah kerana Azmi yang bertugas di Jabatan Penerangan dapat ikut serta. Walaupun ada waktunaya Azmi sering sibuk kerana tugasan di dalam atau luar negara. Tapi semasa saya datang untuk mendaftar diri, beliau sudah datang lebih awal. Rakan-rakan yang hadir semuanya