Catatan

Tunjukkan catatan dari September 12, 2010

Hari Raya Aidilfitri dan Ziarah Syawal

Imej
Di rumah rakan Facebook Cikgu Aziz di Pagoh. Ikhsan-Aziz Salleh 8 September 2010 bersamaan 29 Ramadan saya sempat berbual dan bersalam dengan Haji Zainal Osman pemilik Putera Foto yang terletak di PUSANIKA UKM. Perbualan singkat di CIMB UNIKEB cukup meninggalkan kesan kepada saya apabila pada 14 September Haji Zainal beritakan kembali ke Rahmatollah. Berita ini saya terima daripada Saliman Leman menerusi SMS. Oleh kerana saya sedang sibuk menyiapkan barang-barang ke dalam kereta untuk ke Segamat dari Muar maka SMS itu tidak saya baca. Sdra Zulkifli Ibrahim seorang Pegawai Penerbitan di UKM Press menelefon saya untuk meminta kepastian. Namun setelah saya menelefon ke nombor telefon bimbit Hj. Zainal baru kepastian diperolehi. Adik ipar arwah Hj Zainal yang menjawab panggilan saya. Sebenarnya hati saya sering berdetik sebelum pulang ke Muar pada 9 September siapa pula orang yang kenali akan kembali dijemput Ilahi. Namun saya sering memujuk hati agar tidak terus melayan perasaan itu.

Haji Zainal Osman-Alumni Fotografi IKBN yang berjaya

Zainal Osman yang telah kembali ke Rahmatollah pada 14 Sept 2010 merupakan alumni Intitut Kemahiran Belia Peretak yang berjaya. Beliau merupakan seorang usahawan studio foto sejak awal tahun 90an. Permis niaga beliau terletak di PUSANIKA UKM. Saya mengenali beliau ketika mula-mula membuka kedai foto di situ.Diawal pembabitan Allahyarham ketika senifoto masih menggunakan filem telah membawa kepada pembukaan makmal pemerosesan filem dan mencetak gambar. Malahan perkembangan peniagaannya membolehkan beliau mendapat tender merakam gambar majlis konvokesyen di beberapa institut pengajian tinggi antara yang paling berjaya ialah di majlis Konvokesyen UKM lebih sepuluh tahun. Perkembangan senifoto digital telah mencabar beliau namun atas bantuan anaknya dan rakan-rakan Allahyarham telah menyahut cabaran dengan membuka makmal mencetak foto digital. Putera Foto Studio telah berkembang dengan jayanya walaupun menempuh cabaran yang berbagai. Namun saya melihat Zainal tidak patah