Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 28, 2010

Kriket dan anak-anak tempatan

Imej
Berada di gelanggang kriket selama 6 atau 7 jam bukan suatu perkara yang mudah. Pemain bertukar warna kulit kerana dibaham bahang matahari selama beberapa jam. Namun untuk menentukan kemenangan di pihak mereka, soal panas, warna kulit berubah tidak menjadi perkara utama. Saya bukan pemain kriket. Malahan saya mengenali sukan kriket hanyalah kerana berkesempatan membuat liputan fotografi bermula Pertandingan Kriket Versiti Asia bulan Disember 2009 di Bayuemas Oval dan Kinrara oval. Paling perit apabila perlu berjemur di tengah panas terik selama berapa jam untuk mencari sudut-sudut terbaik. Saya juga menghadapi kesulitan apabila tidak tahu langsung sistem permainan kriket. Akhirnya dengan bimbingan pegawai sukan UKM saya dapat memahami cara sesuatu pasukan memperolehi kemenangan. Pada 23 hingga 27 Mac 2010 sekali lagi saya terlibat dengan liputan foto untuk Kejohanan Kriket UKM Twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di UKM Oval dan Bayuemas Oval. Kali ini, pasukan yang be