Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 21, 2010

Ada waktunya kena menyamar

Imej
Rakan-rakan yang tinggal di taman perumahan saya merungut  kerana ada pembuangan sampah haram berhampiran taman yang menyebabkan bau busuk sampai ke rumah masing-masing. Hari Jumaat lepas (19 Februari 2010) saya sempat melihat dari jauh dengan bantuan seorang anggota polis yang kebetulan membuat rondaan dengan 3 orang anggota polis lagi. Dari jauh saya lihat sudutnya tidak memuaskan untuk dijadikan bukti kepada pihak berkuasa. Hari Sabtu semalam, dengan bantuan seorang jiran saya telah ke lokasi tersebut dengan membuat penyamaran berisiko tinggi. Saya fikir sudah tentu orang yang melakukan kerja tersebut sudah tentu mempunyai penjaga bagi mengawasi kawasannya. Dengan menyamar saya dan jiran dapat sampai ke tempat tersebut begitu mudah. Jiran saya membawa cangkul, saya membawa sebuah baldi berisi sebuah kamera SLR berserta lens Zoom wide dan Telefoto. Ahhh risiko juga apabila sesampai saya ke tempat tersebut datang sebuah lori untuk membuang sampah. Tidak lama kemudian datang sebuah