Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 24, 2010

Sampah dan Tong Sampah- Mohon Majlis Perbandaran Sepang ambil perhatian

Imej
Sampah oh sampah. Geli pula nak diceritakan di sini. Tapi apa boleh buat inilah hakikatnya apa yang berlaku di kawasan rumah kami di Taman Desa Sentosa Fasa 2, Teras Jernang dalam penguasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Apa yang ingin saya ketengahnya di sini ialah keadaan tong-tong sampah yang telah rosak dan tidak digantikan oleh MPS. Semua tong-tong sampah telah pecah, menyebabkan sampah berselerak dan mencemarkan keadaan taman. Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana terdapat parit berhampiran di blok Jasmine. Parit ini mengalir ke Sungai Langat. Apa yang akan terjadi jikalau tidak diatasi dengan segera. Kemana perginya wang cukai pintu yang kami bayar setiap tahun lebih dari seratus ringgit?  Kawan-kawan setaman sudah keciwa dengan MPS kerana  gagal mengatasi masalah ini. Keadaan ini telah dilapurkan kepada MPS, namun tidak ada tindakan dilakukan oleh mereka. Saya  merayu agar pihak MPS dapat menyelesaikan masalah ini. Justeru, saya mengharabkan kalau-kalau ada pihak berkuasa

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua.

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan;   "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik  ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menampung keperlu