Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 17, 2010

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan; "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menam

Tun Fatimah Hashim

Imej
 
Tun Fatimah Hashim satu nama besar dalam perjuangan memartabatkan kaum wanita di Malaysia. Ketika berita kematiannya diterima menerusi SMS yang dikirim oleh pusat berita membuatkan saya tergamam sebentar. Allahyarhamah adalah wanita besar dalam sejarah pembangunan Malaysia. Saya tidak mengenalinya. Namun sejarahnya kita boleh baca dari bahan-bahan sejarah negara. Malahan hasil perjuangannya membolehkan saya mengenali seorang anaknya yang menjadi tokoh terkenal dalam bidang perubatan di UKM. Tepat kata peribahasa, "harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama". Jauh dari itu Tun Fatimah mati meninggalkan jasa! Minggu lepas apabila Ketua Jabatan saya, Prof Dr. Kamarudin M. Said memberitahu "saya dapat panggilan telefon dari pejabat Naib Canselor minta Unit Foto buat liputan di Majlis Memperingati Tun Fatimah", saya sendiri yang mengambil peluang ke majlis itu. Sesuai dengan kedudukannya semasa hayat, majlis terse

Kalau dah rezeki

Saya bertemu dengan Kahar secara kebetulan di sebuah kedai runcit ketika dia sedang membetulkan motosikalnya. Di atas tempat duduk motosikalnya terdapat sebuah mesin basuh. Kahar memberitahu mesin basuh itu diambil dari rumah orang untuk dibaiki. Saya berminat berbincang dengan beliau kerana di rumah terdapat sebuah mesin basuh yang perlu dibaiki. Disebelah malam Kahar datang ke rumah saya untuk mengambil mesin basuh yang hendak dibaiki. Apa yang menarik untuk saya ketengahkan di sini ialah sikapnya yang ingin berdikari dengan caranya bagi menyara hidup. Kata Kahar kepada saya, beliau tidak mencuri, yang penting dia mendapat rezeki yang halal. Hari ini, hanya dua hari mesin basuh saya telah siap dibaiki dan dihantar ke rumah dengan kos penyelenggaraan yang berpatutan. Ketika menghulurkan wang upah dan kos membaiki mesin basuh saya memuji beliau kerana dapat membaiki mesin saya dalam tempoh yang begitu singkat. Saya tahu, dia harus memcari rezeki dalam masa terdekat untuk h