Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2010

Telah genap tiga belas tahun

Imej
Foto kiri: Pelajar Sesi 2009-2010 Kanan: Sesi 208-2009 Hari ini genap tiga belas tahun saya mengendalikan kursus Seni Foto Ko Kurikulum di UKM. Saya masih ingat ketika itu kursus ko kurikulum hanya diwajibkan kepada pelajar untuk memenuhi syarat pengijazahan. Tanpa lulus kursus ini mereka tidak akan dapat segulung ijazah. Setiap hari Rabu saya akan memulakan kuliah/simulasi bermula pukul 5 petang. Agak kelam kabut juga mengendalikan kuliah itu kerana ia akan bermula pukul 5 hingga 8 malam. Pukul 8 malam saya perlu menghantar anak ke kelas pengajian Quran sehingga pukul 9 malam. Syukur beberapa tahun kemudian UKM telah mengubah pengajian kursus ko kurikulum pada hari Sabtu. Justeru saya mengambil pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Rasanya pukul 9 pagi agak selesa. Namun pada waktu itu jadual bekerja kakitangan kerajaan Sabtu minggu pertama bekerja dan Sabtu minggu kedua tidak bekerja. Maka jikalau hari Sabtu cuti saya akan memulakan kuliah pukul 9 pagi, manakala Sabtu b