Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Lata Jarum, Hulu Dong

Imej
Homestay yang selesa lagi murah Hulu Dong mula dikenali ramai sekitar tahun 1993 apabila kisah pembunuhan paling tragis yang dilakukan oleh Mona Fandi. Kebanyakkan orang kampung di sini sudah mula melupai peristiwa itu kerana ia mengambarkan sejarah hitam negara. Rata-rata penduduk di sini kalau tidak ditanya, mereka langsung tidak akan bercerita kisah itu. Tambahan kisah itu bukan dilakukan oleh anak kampung mereka. Malahan dua kali saya ke sini hanya sempat melihat semak samun sekitar tempat kejadian di mana rumah tempat pembunuhan itu dilakukan sudah tiada lagi. Homestay Hulu Dong boleh dibangunkan untuk industri pelancongan di peringkat antarabangsa. Cuma usaha lebih teratur perlu dilakukan demi keselesaan pelancong dan pengunjung. Bagi pengunjung tempatan Hulu Dong sudah cukup selesa kerana di sini ada chalet-chalet yang mampu memberi kemudahan bermalam untuk mereka. Kenderaan pengunjung tempatan dihujung minggu Saya ke Lata Jarum di Hulu Dong, Raub

Mencari ketenangan di Tasik Kenyir

Imej
Ketika musim tengkujuh di Pantai Timur air akan memenuhi Tasik Kenyir   Bila menyebut Tasik Kenyir ramai yang pernah sampai ke sana. Tambahan bagi mereka yang suka dengan aktiviti memancing. Saya pertama kali ke sana pada 24 hingga 27 Oktober lalu bersama-sama warga UKM yang menyertai Bengkel Penerbitan Vedio. Peminta fotografi boleh membuat outing di Tasik Kenyir Rumah Persekutuan Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir , Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara . Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Dasar Tasik Kenyir yang kering di kawasan Sungai Sauk Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988. Sisa balak akan tengelam ketika air ti

Jangan menconteng arang............

Imej
Kesempatan melawat Kilang Arang di Kuala Sepetang telah memberikan satu gambaran hebat tentang orang Melayu. Kilang ini yang terletak berhampiran Pekan Kuala Sepetang telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sejak tahun 1800an lagi. Hasil kayu bakau yang terdapat begitu banyak di Kuala Sepetang telah menjadikan perusahaan kayu arang antara sumber ekonomi penduduk tempatan selain menjadi nelayan. Terdapat pekerja di kilang ini telah bekerja sudah lebih dua puluh tahun. Ini tempat mereka mencari rezeki untuk keluarga. Eco Pendidikan yang terdapat berhampiran kilang arang di sini milik Jabatan Hutan Perak menjadi tempat pelancong memperolehi info mengenai proses kayu arang. Menurut Pengawas Hutan, En Nadrudin Shamsudin, kayu arang hanya terkenal di negara kita sebagai alat pembakar sahaja. Di Jepun kayu arang dijadikan berbagai kegunaan dalam berbagai industri. Antaranya dijadikan alat untuk menyah bau. Ketika melawat kilang tersebut, saya dan rakan-rakan dapat meliha

Kepuasan seorang Karyawan Foto

Imej
Sila lihat koleksi saya Menghasilkan foto yang terbaik seharusnya perlu memiliki pengetahuan, pengalaman, ketabahan dan bantuan peralatan. Saya gemar dengan kerektor haiwan. Justeru apabila ada peluang ke zoo maka saya akan mengambil masa yang lama di sana. Mujur keluarga juga berminat dengan dunia saya maka ketika membawa mereka ke sana kesabaran harus dibawa bersama. Ingat melawat ke zoo bukannya murah. Zoo Negara Ulu Klang anda harus membayar RM20 untuk dewasa. Andainya anda membawa 30 orang maka akan diberikan potongan harga sebanyak RM2 sahaja. Zoo Taiping RM12. Baru-baru ini saya berkesempatan membawa 30 orang peserta bengkel fotografi UKM maka pihak zoo tersebut telah memberikan potongan sebanyak 50%. Saya pernah berada di Taman Burung KL selama emapt jam bersama anak, maka kosnya RM15 seorang akan menjadi RM30 jika berdua. Itu tidak termasuk kos minuman dan makanan. Oleh itu apabila anda ingin ke zoo maka pulangan modal harus difikirkan. Keluar dari zoo harus membawa

Hari Raya dan Kamera

Imej
Kamera merupakan satu peralatan yang tidak mungkin dilupakan apabila menyambut hari raya. Hampir semua orang memiliki kamera dewasa ini. Era digital lebih memudahkan semua orang untuk merakam gambar tanpa perlu menyediakan filem dan mampu merakam sebanyak mana yang kita mahu. Ramai dikalangan peminat fotografi kini memiliki kamera DSLR. Namun ada sesetengah orang kamera DSLR tidak mampu dimiliki dengan alasan ianya mahal, susah dibawa, susah hendak dikendalikan. Gambar dengan kamera telefon bimbit Saya ada waktunya langsung tidak membawa kamera SLR jika pulang berhari raya dengan alasan mahu rehat dari tugasan kerana membawa DSLR dalam sebuah beg secara psikologinya seolah-olah saya sedang bertugas walaupun bercuti. Namun lebih jauh lagi saya ingin meringan bebanan ketika pulang berhari raya dan faktor keselamatan kamera itu sendiri. Naluri seorang karyawan fotografi tetap ada. Saya tidak mahu melepaskan peluang dengan peristiwa yang berlaku semasa musim perayaan. Justeru  lazimn

Hari Raya Aidilfitri dan Ziarah Syawal

Imej
Di rumah rakan Facebook Cikgu Aziz di Pagoh. Ikhsan-Aziz Salleh 8 September 2010 bersamaan 29 Ramadan saya sempat berbual dan bersalam dengan Haji Zainal Osman pemilik Putera Foto yang terletak di PUSANIKA UKM. Perbualan singkat di CIMB UNIKEB cukup meninggalkan kesan kepada saya apabila pada 14 September Haji Zainal beritakan kembali ke Rahmatollah. Berita ini saya terima daripada Saliman Leman menerusi SMS. Oleh kerana saya sedang sibuk menyiapkan barang-barang ke dalam kereta untuk ke Segamat dari Muar maka SMS itu tidak saya baca. Sdra Zulkifli Ibrahim seorang Pegawai Penerbitan di UKM Press menelefon saya untuk meminta kepastian. Namun setelah saya menelefon ke nombor telefon bimbit Hj. Zainal baru kepastian diperolehi. Adik ipar arwah Hj Zainal yang menjawab panggilan saya. Sebenarnya hati saya sering berdetik sebelum pulang ke Muar pada 9 September siapa pula orang yang kenali akan kembali dijemput Ilahi. Namun saya sering memujuk hati agar tidak terus melayan perasaan itu.

Haji Zainal Osman-Alumni Fotografi IKBN yang berjaya

Zainal Osman yang telah kembali ke Rahmatollah pada 14 Sept 2010 merupakan alumni Intitut Kemahiran Belia Peretak yang berjaya. Beliau merupakan seorang usahawan studio foto sejak awal tahun 90an. Permis niaga beliau terletak di PUSANIKA UKM. Saya mengenali beliau ketika mula-mula membuka kedai foto di situ.Diawal pembabitan Allahyarham ketika senifoto masih menggunakan filem telah membawa kepada pembukaan makmal pemerosesan filem dan mencetak gambar. Malahan perkembangan peniagaannya membolehkan beliau mendapat tender merakam gambar majlis konvokesyen di beberapa institut pengajian tinggi antara yang paling berjaya ialah di majlis Konvokesyen UKM lebih sepuluh tahun. Perkembangan senifoto digital telah mencabar beliau namun atas bantuan anaknya dan rakan-rakan Allahyarham telah menyahut cabaran dengan membuka makmal mencetak foto digital. Putera Foto Studio telah berkembang dengan jayanya walaupun menempuh cabaran yang berbagai. Namun saya melihat Zainal tidak patah

Ramadhan yang akan meninggalkan kita

Setiap tahun bulan Ramadhan akan tiba selagi dunia belum kiamat dan kita belum menemui ajal. Pengisian dalam bulan ini tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar kerana semua orang tahu ia perlu berpuasa dan melakukan amal kebajikan lain samada wajib atau sunat. Namun setiap orang pasti mempunyai kenangan sendiri yang disimpan sebagai kenangan peribadi, keluarga mahupun masyarakat. Jikalau zaman dahulu ibu bapa kita menyimpan kenangan itu dalam bentuk lisan sahaja. Ia akan diulang-ulang bercerita kepada anak atau cucu. Justeru, kenangan seseorang amat berharga untuk dikisahkan. Kini dengan wujudnya media berbagai kaedah boleh disampaikan samada dalam bentuk buku, akhbar. Lebih istimewa lagi apabila wujud media terkini seperti Web, Blog,Facebook, Twitter dan lain-lain lagi maka penyampaian akan lebih sempurna disimpan. Kalau tiga puluh tahun dulu ramai antara kita menyimpan kisah-kisah kenangan di dalam diari atau buku catatan lain, kini ianya lebih luas. Saya bertemu kembali gu

Pulau Sangga, Kuala Sepetang

Imej
Pulau Sangga, Kuala Sepetang jarak pelayaran dengan bot lebih kurang 30 minit. Semasa hari pertama berbincang dengan Along seorang pengendali bot di Kuala Sepetang memberitahu pulau ini didiami oleh penduduk yang terdiri daripada bangsa Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu. Along tidak yakin samada mereka boleh atau tidak menerima kunjungan peserta bengkel fotografi UKM pada 11-13 Oktober kelak.  Aktiviti keagamaan di Pulau Sangga Murid dalam kelas ini hanya lima orang. Namun ketika tiba di Pulau Sangga kami berpeluang naik ke pulau tersebut yang mempunyai penduduk sekitar 50 keluarga. Saya dan rombongan yang diketuai Hj Ismail Ibrahim dan saudara Kamarul Ariffin seorang Juruvedio. Kamarul boleh berhasa Manderin mampu membuat komunikasi dengan mereka dan memberikan kesan positif kehadiran kami di pulau tersebut. Di Pulau Sangga kami berpeluang bertemu Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina PDay Chee. Murid seramai 29 orang sedang menonton TV Pendidikan semetera guru-

Kuala Sepetang (Port Weld)

Imej
Sebut Port Weld ia umpama sebuah pelabuhan terkenal di luar negara. Apabila menyebut Kuala Sepetang ia lebih melambangkan ciri-ciri tempatan. Tambahan ketika saya memberitahu rakan-rakan hendak bertugas di Kuala Sepetang pada 1 September lalu, semua orang akan berkata jangan lupa makan Mi Udang. Tugu peringatan keretapi pertama di Tanah Melayu bermula tahun 1885 Kuala Sepetang merupakan nama asal bagi Port Weld. Kuala Sepetang adalah nama rasmi yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping. Tempat yang berhampiran dengannya ialah Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau yang sangat luas. Hutan paya bakau ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang. Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. Sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka boleh menimbulkan nostalgia k

Program Mobaliti Pelajar UKM 2010

Imej
Ketika Program Mobaliti Pelajar UKM yang bermula pada 27 Jun lalu saya hanya dijadualkan untuk membuat rakaman foto di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Muzium Orang Asli di Gombak dan Pulau Carey, Klang sahaja. Namun di saat-saat penjadualan semula, rakan saya Ikhwan tidak dapat menyertai kerjalapangan ke Langkawi kerana adiknya akan melangsungkan perkahwinan. Beliau perlu mengambil alih tugas ayahnya ketika hari kenduri kerana kesihatan kurang memuaskan. Di Telaga Tujuh Langkawi Justeru, pada 4hb hingga 9hb Julai saya ke Langkawi  bagi membuat rakaman foto selama enam hari. Ke Langkawi tidak menjadi masalah kerana saya berasal dari Kedah. Apabila kena bertugas ke sana ia unpama balik kampung kerana penduduk Langkawi bertutur dengan menggunakan loghat utara. Berkumpul di KLIA bersama-sama pelajar sejumlah 80% dari luar negara sudah pasti menjadi tumpuan orang. Farhana Shukur yang menjadi kordinator program ini memerlukan bantuan saya, Shahrul dan Wafiy. Mana tidaknya beliau perl

Keluhan seorang pengembara di bumi sendiri

Imej
Malam pertama saya di Hotel Geopark Langkawi yang terletak bersebelahan komplek  "Cable Car"  pada 4 Julai lalu telah dapat menyertai perjumpaan dengan urusetia Program Mobality Pelajar UKM. Ketika sesi memilih lokasi untuk singgah makan tengahari Prof Madya Dr Chek Aziz telah memberi pendapat agar tidak singgah di Pulau Mempelam kerana tandasnya tidak sempurna. Keesukan hari kami telah mendaki Telaga Tujuh untuk melihat air terjun di situ. Setelah hampir dua jam di sana, kami turun. Ketika turun saya singgah sebentar di tandas. Aduh.... azabnya tuhan sahaja yang tahu kerana tandas yang tidak sempurna. Ketiadaan air menyebabkan tandas tersebut cukup kotor. Inikah wajah Langkawi yang kita harapkan, sedangkan lokasi Telaga Tujuh menjadi tumpuan pelancong kerana letaknya berhampiran kereta kebel. Satu lagi tempat yang perlu diadakan tandas awam ialah di jeti untuk melawat Pulau Dayang Bunting.Pada hemat saya kemudahan tandas awam amat perlu diambil perhatian.

Akmal terkorban demi adik dan Faris

Imej
22 Jun 2010:  Lihatlah saat-saat pilu seorang nenek kehilangan cucu.  Saya menerima pesanan ringkas dari Wan memberitahu anak Azman dan seorang budak lain terjatuh ke Sungai Langat pada pukul 7 malam 21 Jun Isnin. Dua budak lelaki ini belum ditemui kata Wan. Lemah longlai tubuh saya apabila menerima berita itu.  Selasa 22 Jun saya berada di tebing Sungai Langat yang terletak berhampiran Taman Desa Sentosa. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah berada di tempat kejadian sejak malam kejadian lagi.Wakil rakyat DUN Dengkil tiba tidak lama kemudian. Seperti biasa sebagai Jurufoto saya tidak melepaskan kejadian ini berlalu tanpa dirakam oleh kamera. Saya menghubungi Saudara Hayat  Suet dari Utusan Melayu untuk memberikan skop kepada beliau. Tidak lama selepas itu beberapa orang wakil media seperti Berita Harian, Sinar Harian, Nanyang Siang Pau dan TV3 telah tiba. Hanya yang tinggal tubuh yang sudah bernyawa   Saudara Hayat  Jurufoto Utusan tiba ketika mang