Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 20, 2009

Bos.........

Imej
  Masih lagi berterusan: Gambar dirakam di Hentian Seremban ketika saya dan rakan-rakan setugas dalam perjalanan ke Tasik Chini pada 18 Julai 2010. Ketika ke Klang dua minggu lepas menggunakan lebuhraya Shah Alam Klang, saya telah disapa oleh seorang lelaki sambil memperkenalkan sebuah telefon bimbit. Bentuk dan jenamanya menarik. Saya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Minggu lepas dan semalam ketika ke Rawang untuk urusan majlis kenduri di rumah anak saudara yang mengahwinkan anaknya, saya disapa lagi oleh sekumpulan lelaki yang menjual telefon bimbit, jam tangan dan cermin mata. Kejadian ini berlaku di kawasan R&R Rawang. Saya lihat mereka dalam kumpulan yang ramai duduk di tembok dan di tempat duduk yang terdapat di R&R itu. Cara mereka berniaga hanya menegur orang yang lalu lalang sambil menunjukkan telefon bimbit yang hendak dijual. Atas rasa ingin tahu, ssaya melayan salah seorang lelaki tersebut. Berikut antara dailog yang bualkan dengan lelaki tersebut un