Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 1, 2009

Tak kenal maka tak cinta

Imej
Sejak 3 Disember saya berulang alik dari Bangi ke Pandamaran,Klang kerana bertugas membuat liputan Kejohanan Kriket Undangan Vesiti Asia. Memandu ke Klang dari Bangi sejauh 120 km pergi dan balik bukanlah satu perkara yang menarik tambahan saya perlu membayar tol RM 18.60 pergi balik. Namun inilah hakikat tanggungjawab maka semua itu saya abaikan. Tambahan hujan turun seawal pukul 4 pagi membuatkan perjalanan ke Klang menghadapi sedikit kesulitan kerana jalan licin. Kriket. Satu sukan baru bagi saya untuk dirakamkan. Saya buta dari segi permainannya. Undang-undang atau peraturannya saya masih kabur. Justeru diawal tugasan membuatkan saya 'boring' kerana permainan hampir sama sepanjang 5 atau 6 jam berlangsung! Namun satu suntikan baru telah diperolehi apabila seorang pemandu UKM menerangkan kepada saya serba sedikit perjalanan kejohanan itu. Akhirnya pada 4 Disember saya diberikan sedikit ilmu oleh Mohd Asraf, Penolong Pengurus pasukan UKM. Akhirnya pad