Catatan

Tunjukkan catatan dari November 22, 2009

Dua minggu

Seminggu hanya ada tujuh hari dan enam malam. Itulah yang saya ingin beritahu mengenai seminggu yang saya lalui mulai 16-22 November dan 23-29. Rupa-rupanya sudah dua mingu saya meninggalkan pejabat secara rasmi. 16-21 Nov saya berada di Lata Jarom, 21 hingga 29 Nov saya berada di rumah sahaja. Jemu? saya tidak merasa jemu kerana selama seminggu telah berkesempatan mengemaskinikan blog, facebook, photoblog. Cuma saya merasakan dan membayangkan saya seperti seorang orang pencen. Kerana tinggal di rumah tanpa urusan kerja di pejabat maka saya seperti orang pencen yang hanya menjadikan rumah sebagai perhentian dalam kehidupan ini. Namun selama beberapa hari saya mengambil peluang bercuti ini bersama tiga puteri yang sedang bercuti. seorang orang bercuti akhir semester, seorang bercuti untuk mendapat tempat menjalankan latihan industerinya, manakala seorang sedang bercuti akhir semester sekolah dan menunggu keputusan PMRnya. Kesempatan ini dilakukan sebaik mungkin walaupun mereka su

Bertugas di Hutan Lata Jarom, Hulu Dong, Raub, Pahang pada 16-21hb November

Imej
Selama enam hari di Lata Jarom, saya meninggalkan pakaian rasmi pejabat demi mencari sudut yang menarik untuk direkodkan. Mulai 16 hingga 21hb November 2009 saya telah menyertai Ekspedisi Saintifik Lata Jarom, Raub Pahang (ESLJ). Tugas terbaru saya kali agak mencabar kerana saya menjalankan ESLJ dalam keadaan hujan. Mengikut ramalan cuaca, hujan akan turun mulai malam Isnin (16 November) hingga hari Khamis 19 November ini. Ia menjadi kenyataan selama tiga hari kami terpaksa berdepan dengan hujan disusuli air sungai yang berarus kuat. Selama 6 hari di sana saya telah dapat merakamkan gambar bersama-sama peserta ESLJ. Justeru, dibawah ini saya akan turunkan beberapa catatan untuk direnung bersama. Lihat catatan yang berkaitan di Daud M. Zakaria

Wang tabung

Seorang rakan saya telah minum di sebuah restoran. Kebiasaan restoran terdapat tabung derma kebajikan untuk mana-mana pertubuhan. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila rakan saya menceritakan bahawa ketika hendak membayar setelah selesai menjamu selera, pekedai itu telah membuka tabung tersebut untuk memperolehi wang kecil. Timbul tandatanya kenapa harus dibuka tabung tersebut kalau hendak mendapatkan wang siling. Disini sudah tentu timbul jawapan bahawa apabila setiap pelanggan membayar dan memiliki wang lebih katakan lima puluh sen dan memasukkan ke dalam tabung tersebut. hasilnya katakan pelanggan mengeluarkan RM10 dan wang lebihan lima puluh sen sudah tentu pemilik restoran itu memperolehi laba. Atau, pemilik restoran itu telah memecah amanah hasil kutipan dari tabun tersebut yang boleh dibuka pada bila-bila masa.