Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2009

Kasihan penumpang komuter

Imej
Seawal pukul 6.30 pagi tadi saya telah sampai di hentian komuter UKM bersama isteri. Isteri saya merupakan penumpang tetap sejak lapan bulan lalu setelah bertukar tempat ke Kuala Lumpur. Saya perlu menaiki komuter kerana hendak ke hentian Madvaley KL untuk satu tugasan di sebuah hotel di situ. Kalau ke KL saya lebih selesa menaiki komuter atau LRT sahaja. Jimat, dan tidak tertekan dengan kesesakan jalan raya. Train yang sepatutnya datang pukul 6.35 pagi dari Seremban telah lewat lebih 10 minit. Saya tidak tertekan sangat kerana majlis yang akan buat liputan akan bermula pukul 9 pagi. Penumpang semakin ramai. Train datang kira-kira pukul 6.45 pagi. Di hotel saya membaca satu rencana yang ditulis di Utusan Malaysia. Elok rasanya saya petik 100% rencana tersebut untuk dibaca oleh anda yang "tak suka beli Utusan" Khidmat KTM Komuter semakin baik atau bertambah buruk? (petikan Utusan Malaysia 9 Nov 2009) SEMALAM, ketika tercari-cari mengenai isu apa yang ingin ditulis, penulis ter