Catatan

Tunjukkan catatan dari November 1, 2009

Harga barang di Taman Negara Pahang

Imej
Kasut yang paling sesuai untuk bekerja di sungai Minggu lepas (30hb Oktober-1 November 2009) saya bersama sembilan lagi peserta ke Taman Negara Pahang untuk satu tugasan merakam gambar. Taman Negara Pahang merupakan satu lokasi pelancongan yang menarik bagi anda yang sukakan alam sekitar yang hijau, damai dan sunyi. Tanggapan awal hasil pengalaman Kamarul dan Ismail bahawa mungkin kurang terdapat kedai di sana maka saya dan beberapa orang rakan telah menyediakan beberapa bungkus biskut kerana kuatir tentang harga barang yang mungkin mahal. Namun andaian itu salah apabila tiba di sana terdapat kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit dan cenderamata. Oleh kerana tugasan kami akan mengharungi sungai maka saya mencadangkan kepada rakan-rakan menggunakan kasut plastik yang murah. Harga kasut tersebut saya pernah beli hanya dalam lingkungan RM 5 sahaja. Ketua saya Prof Dr. Kamarudin pada malam kedua telah membeli sepasang kasut dengan harga RM

Mandi sungai

Imej
Aktiviti fotografi di Sungai Tahan Mandi sambil merakam gambar Foto oleh: Ismail Sungai menjadi nadi utama masyarakat kita. Sejarah telah membuktikan sungai adalah jalan utama zaman berzaman. Malahan zaman ini masih terdapat di beberapa tempat sungai dijadikan berbagai keperluan. Justeru bagi sesiapa sahaja yang pernah menjadikan sungai sebagai tempat untuk mandi dan "sebagainya" maka apabila bertemu dengan sungai mereka akan menjadi bahagia. Di Sungai Tahan Taman Negara saya menikmati air air sungai yang jernih dan bersih. Saya dan beberapa rakan-rakan termasuk Prof Kamarudin mengambil kesempatan berendam seketika di beberapa lokasi. Antaranya di Lubok Ikan Kelah. Sekali lagi saya ingin mengambil peluang untuk meratu kepada masyarakat cintailah sungai kita dan jagalah sungai kita agar generasi akan datang tidak kenal sungai!

Pemalu tetapi jujur

Imej
Dari Kiri: Kamarul Bahrin, Tok Batin Buman dan saya. Beras untuk dijadikan makanan utama amat diperlukan oleh Orang Asli di Taman Negara. Orang Asli Suku Batek yang tinggal di pingir Sungai Tembeling Taman Negara bersifat pemalu. Riak wajah mereka sudah mencermin apa yang dimaksudkan itu. Namun oleh kerana kampung mereka sering dikunjugi oleh pelancong samada dari dalam mahupun luar negara sifat pemalu mereka tidaklah ketara sangat. Malah setiap kali kehadiran pelancongan mereka akan menyambut dengan mesra namun sifat malu dan rendah diri mereka tetap terpancar di wajah mereka. Orang Asli Suku Batek dikatakan berasal dari Afrika. Hasil perubahan muka bumi ratusan jutaan tahun dulu mereka terpisah dari tempat asal. Antara negara yang terdapat suku kaum ini ialah di Malaysia, Filipina dan Myanmar. Mereka masih mengamalkan cara hidup berpindah randah dan beberapa kepercayaan lain. Beras, garam, api dan tembakau merupakan keperluan yang amat diharabkan oleh mereka untuk meneruskan kehidup

Meneroka keindahan alam semulajadi

Imej
Jeti Kuala Tahan Ke Taman Negara dengan sampan panjang. Sungai Tembeling masih belum tercemar 30 Oktober 2009 pukul 7.19 pagi, saya bersama sembilan lagi peserta telah memulakan perjalanan dengan bas UKM menuju ke Kuala Tembeling, Pahang untuk melakukan Ekspedisi Fotografi Taman Negara 2009 (selepas ini EFTN2009). Selepas tiga jam tiga puluh minit bas tiba di Jeti Kuala Tembeling. Oleh kerana kami belum bersarapan maka kesempatan yang masih ada maka semua peserta telah mengisi perut di salah sebuah gerai di situ. Menyusuri Sungai Tembeling dengan sampan panjang yang boleh mengisi 12 orang penumpang memberi satu pengalaman baru kepada saya dan rakan-rakan lain. Di dalam kumpulan seramai sepuluh orang itu, saya, Prof Dr Kamarudin, Hazrul, Ismail, Sulimi sahaja yang betul-betul "karyawan foto". Selebihnya Daud dan Kamarul Bahrin Juruvedio. Manakala Salleh, Kamarul Arifin, Rosli merupakan pegawai Pusat Penerbitan yang menunjukan minat yang tinggi dalam bidang seni foto. Saya semp