Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 25, 2009

ETIKA: Jurufoto dan Fotografi

Imej
Jangan terlalu rapat dengan individu yang bertaraf VVIP. Jangan memaparkan kejadian kemalangan ngeri untuk khalayak kecuali untuk pendidikan atau seminar. Keizinan diperlukan untuk memaparkan potret individu. Gambar yang berunsur penyiasatan hanya boleh dipamerkan dengan melindungi wajah sebenar kerana mereka belum bersalah kecuali mahkamah yang berkuasa memutuskannya. “Ye ke, semasa orang makan kita tak boleh ambil gambar?’, tanya rakan sepejabat saya. “Ya, jangankan VIP orang biasapun tak boleh” jawab saya. Itu merupakan antara dialog yang sering diutarakan kepada saya apabila berbicara mengenai etika ketika merakam gambar di mana-mana majlis. Sejak kegilaan merakam gambar oleh masyarakat kita ramai yang tidak sedar ada beberapa etika yang wajib dipatuhi. Bagi kebanyakkan Jurufoto Profesional semua etika telah difahami. Cuma bagi kalangan orang biasa beberapa pantang larang tidak ketahui oleh mereka. Merakam gambar individu kita perlu mendapat keizinan ke