Catatan

Tunjukkan catatan dari September 27, 2009

Tunjukkanlah kualiti yang terbilang

Ketika masuk ke bilik air di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya seorang pekerja warganegara Bangladesh menyapa saya dan memberitahu terdapat satu bilik kosong untuk saya gunakan. Sebelum saya masuk beliau menanya saya “muslim?”. Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana suasana hari raya masih terasa, saya terus bersalam dengannya dan memberitahu bahawa dia seorang hafiz al-Quran 30 Juzuk. Saya masih memikirkan apakah motif dia memberitahu bahawa beliau seorang al-Hafiz dan berada di dalam bilik air menjadi tukang cuci. Dari raup wajahnya saya melihat dia tidak seperti orang-orang Bangla lain. Hati saya mengambil keputusan yang positif bahawa ada kebenarannya dia seorang al-Hafiz. Dari perbualan ringkas, saya difahamkan dia telah ditipu oleh agensi memberi pekerjaan bahawa beliau akan ditawarkan pekerjaan sebagai guru Quran di Malaysia. Akhirnya dia ditipu dengan menjadi pekerja pencuci tandas. Di sini saya tidak mahu membawa betul atau tidak dakwaannya sebagai al-Hafiz. J

SMS di Hari Raya

4 Syawal 1430, pukul 10 pagi 23 September 2009 setelah saya selesai mendaftar diri di sebuah klinik di Jalan Bakri Muar untuk bertemu Doktor kerana mengidap demam selesema telefon bimbit saya memberi isyarat satu pesanan ringkas (SMS) telah masuk. “Assalamualaikum. Bapa saya telah kembali ke rahmatullah pg (pagi) ni d (di) Baling, Kedah” Ismail Ibrahim. Sebelum ini pada malam Hari Raya Aidilfitri telefon saya tidak berhenti-henti menerima SMS ucapan Selamat Hari Raya daripada lebih kurang seratus empat puluh orang rakan-rakan. SMS itu diterima setelah saya mengirim SMS mengucapkan selamat hari raya kepada mereka. Sebab itulah saya menerima balasan daripada rakan-rakan sejumlah tadi. Begitulah kesan SMS dalam kehidupan saya dan mungkin juga oleh orang lain. Jikalau zaman menggunakan kad ucapan, tidaklah sebanyak itu yang saya terima. Namun harus kita ingat ucapan menerusi SMS itu bukanlah daripada orang-orang yang jauh. Mereka adalah dari kalangan rakan-rakan sepejabat atau sama-sama b