Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 30, 2009

Kemerdekaan untuk siapa?

Imej
Anak kecil ini tidak memahami apa itu Merdeka ketika ini, namun apabila dewasa kelak mereka perlu memahami betapa siksanya usaha untuk memerdekakan negara kita. 1 Malaysia boleh dicapai andainya semua kaum saling faham memahami antara satu sama lain. Kemerdekaan untuk siapa? Itulah tajuk forum yang diketengahkan oleh UKM semasa mengadakan majlis Ambang Merdeka bertempat di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR). Walaupun kehadiran warga UKM tidaklah memenuhi dewan tersebut kerana cuti Hari Kebangsaan tahun ini ialah pada hari Isnin bilamana ramai pelajar UKM balik kampung namun dengan kehadiran yang memenuhi sekitar satu pertiga DECTAR sudah mampu menggegarkan dewan dengan sorakkan MERDEKA oleh warga UKM. Sebaik sahaja tepat jam 12 tengahmalam lagu Negaraku berkumandang dengan Jalur Gemilang dinaikkan oleh anggota Sukarelawan Polis UKM (SUKSIS) bersama Sukarelawan Tentera (PALAPES). Sambutan meraikan Hari Kemerdekaan patut diadakan setiap tahun. Paling tidak ianya akan membawa ingatan bagaim