Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 23, 2009

Rahmat Ramadhan 1430

Ketika dalam perjalanan ke Shah Alam untuk membawa anak balik bagi berbuka puasa bersama-sama di hari pertama Ramadan pada hari Sabtu lepas, saya menerima panggilan telefon daripada Cikgu Abdullah. Kisah Cikgu Lah pernah saya nukilkan di laman ini di tajuk Dari Sik Ke Bangi . Diringkaskan kisah, saya menerima hajat Cikgu Lah untuk bertemu dirumah anaknya. Semalam dengan izin Allah, saya bersama isteri tiba di rumah anaknya di Kajang Prima. Dalam perjalanan saya berkata kepada isteri apa topik hendak dibicarakan kerana pertemuan ini akan berlaku antara "anak murid" dan seorang "guru disiplin". Biarpun saya tidak pernah nakal di sekolah sepanjang tahun 1971-1975 namun pertemuan kali ini diantara anak murid yang sudah dewasa dengan "Guru Pencen" sudah pastinya menarik. Beliau merupakan guru disiplin semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Sik dan mengajar Bahasa Melayu Pagi semalam saya bukan sahaja bertemu Cikgu Lah malahan saya juga bertemu Cikgu Fatimah