Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 16, 2009

Emosi di Majlis Konvokesyen

Imej
Dengan sekeping ijazah sudah tentu graduan mengharapkan dapat mengubah masa depan yang gemilang Ayah dan Bonda mana yang tidak gembira dengan kejayaan gemilang anaknya? *Nur Najwa binti Abdul Rahman bersama ayah dan bonda meraikan kejayaannya kerana menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (APD) di Majlis Konvokesyen UKM Ke-37 pada 17 Ogos. Pelajar Sekolah Menengah Teknik Rembau Negeri Sembilan ini datang ke UKM semata-mata ingin melihat suasana majlis konvokesyen demi meningkatkan semagat mereka untuk cemerlang dalam bidang pelajaran. Bulan Ogos merupakan bulan majlis konvokesyen di kebanyakan IPTA mahupun IPTS. Kebanyakan IPT akan meraikan graduannya dengan cara tersendiri. Sudah pasti kebanyakan IPT akan mengadakan pesta konvo bagi memeriahkan majlis konvokesyen. Pengurusan atasan kebanyakan IPT akan mengadakan berbagai cara untuk mempromosikan kehebatan IPT mereka yang sudah tentunya masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya turut bersama