Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 9, 2009

Industri pelancongan kita

Catatan peribadi saya bermula dari Langkawi ke Sarawak mulai 5hb hingga 9hb Julai dan 15hb hingga 19hb Julai tidak menarik bagi orang Sarawak atau mereka yang pernah tinggal di sana. Apa yang boleh saya perolehi andainya hanya lima hari sahaja berada di Langkawi dan lima hari juga di Sarawak. Saya cuma ingin membawa dua tiga perkara sahaja untuk dianalisa. Langkawi mempunyai sebanyak 104 pulau dan cuma 99 pulau sahaja yang dipromosi untuk pelancongan. Terdapat pulau-pulau yang tenggelam sewaktu air pasang. Batu batan di Telaga Tujuh berusia 200 hingga 500 juta tahun. Siapa yang mengetahui fakta ini jikalau hanya pergi melancong tetapi tidak pergi mengkaji. Saya ke Langkawi bukan baru sekali, tetapi sudah hampir sepuluh kali. Namun kunjungan saya saya pada 5 hingga 9 Julai lebih bermakna kerana lebih mengenali Langkawi secara mendalam. Sedangkan pada 2 hingga 5 Ogos lalu saya datang lagi ke Langkawi. Namun kedatangan saya pada 5 hingga 9 Julai lebih bermakna. Bercerita mengenai kisa