Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 14, 2009

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara. Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan. Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya. Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja k

Semangat mesti kental

Sesekali kena bertugas di Kuala Lumpur semangat kena kental. Sesak dan kerenah pemandu di jalan raya Kuala Lumpur sudah pasti menguji kesabaran. Apakah orang Kuala Lumpur sudah berubah dari segi gaya,budaya dan peribadi? Namun itulah kerektor orang Kuala Lumpur. Ketika menaiki komuter, LRT lagilah pula....isteri saya yang setiap hari menggunakan keretapi letrik dapat melihat kerenah penumpangnya. Untuk bertemu orang muda memberikan tempat duduk kepada orang tua agak susah ditemui.... Tahniah kepada orang muda yang tidak bersikap demikian. Aaaah, pagi tadi semasa hendak ke kampus UKM Kuala Lumpur saya terperangkap selama 15 minit di dalam terowong Smart. Wau mendebarkan juga apabila terpaksa memandu sejauh lebih 4 KM dalam suasana kenderaan bergerak perlahan dan sudah tentu kereta banyak.

Kursus Teknik Fotografi Program Sains Forensik UKM

Imej
Hari ini saya sudah selesai mengendalikan kursus Teknik Fotografi untuk pelajar-pelajr Program Sains Forensik UKM. Mereka merupakan pelajar pengambilan ketiga bagi Program Forensik UKM. Kursus ini bermula semalam. Saya menggunakan segala pengalaman yang ada semasa menjadi jurufoto sains ketika berada di Fakulti Sains dan Teknologi sebelum ini. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini begitu tinggi. Mereka ini begitu inteligent dan seronok membimbing mereka. Merakam gambar untuk tujuan kerja-kerja sains tidak sama dengan fotografi biasa. Banyak perkara yang harus dititik beratkan terutamanya yang melibatkan sempel kajian saintisfik.