Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 7, 2009

Liputan berita ketika saya di Brunei

Berikut ialah beberapa berita online dan akhbar yang membuat liputan mengenai bengkel fotografi digital yang saya kendalikan di Negara Brunei Darul Salam pada 7 Jun 2009 The Brunei Times Borneo Bulletin Brudirect.com Camaeras4u

Brunei: Mimpi menjadi nyata

Imej
Album gambar-gambar terpilih praktikal peserta kursus Tiga puluh tahun (1979) dulu saya memilih menjadi Jurufoto UKM. Merangkak belajar dan mencari pengalaman dalam keadaan penuh azab. Dua belas tahun lalu (2007) saya mengambil tindakan nekad untuk menjadi tenaga pengajar sambilan kursus seni foto di UKM. Empat tahun lalu (2005) ketika En Fadil dari UKM Holding menelefon saya bertanya untuk mengendalikan kursus Fotografi Siasatan saya terima tawarannya. 6 Jun 2009 lalu saya melangsungkan khidmat saya untuk TEA UKM Holding ke Brunei bagi membantu ISMS Brunei menganjurkan Bengkel Fotografi Digital pada 7 Jun. Setibanya saya dan Puan Ong (dari TEA UKM Holding) di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Sri Begawan, kami telah dijemput oleh Sdra Amir Abdullah bersama rakan sejawatnya. Amir mudah mengecam saya kerana beliau pernah meilaht wajah saya di laman web Alam Senifoto . "Kami kena bawa U all makan di satu tempat untuk diner. Kalau terus ke hotel, jalan sedang sesak. Ada majlis ke