Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 24, 2009

Merakam sejarah gemilang UKM

Tiga puluh tahun lalu saya tidak pernah terfikir untuk menjadi perakam sejarah hebat. Semasa UKM mula ditubuhkan saya hanya pelajar sekolah menengah. Saya tidak pernah terfikir 30 tahun kemudian saya adalah salah seorang perakam sejarah gemilang UKM. Universiti yang menduduki tempat kedua di Malaysia tahun ini! Pukul 1 petang saya, Ismail menyusuri Lebuh Raya Kuala Lumpur Seremban dengan kereta yang dipandu oleh Bos, (Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM) Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, untuk menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Canselor UKM Ketiga kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir oleh Yg. Bhg. Naib Canselor, Prof Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Istana Hinggap Seremban, Darul Khusus. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Canselor UKM Ke-3 berlangsung dalam suasana sederhana selepas penyampaian watikah kami jurufoto beredar keluar dari Bilik Mengadap Istana Hing

Rezeki tahun 2009

Insyaallah jika tiada aral melintang saya akan ke Brunei pada 6-7 Jun 2009 untuk mengendalikan satu kursus fotografi. Saya lihat kat laman web ini http://www.mirips.com.my/news.php sudah menyediakan iklan untuk kursus tersebut.