Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 17, 2009

Dia seorang Seniman

Senator Tan Sri Jins Shamsudin nama besar dalam industri perfileman. Lakonannya yang mantap, wajahnya yang kacak membuatkan dia antara seniman yang menjadi ikon dalam dunia perfileman. Allah menentukannya maka dalam usia 73 tahun beliau masih sihat dan petah bercakap. Gaya ia bercakap seperti mana kita menonton lakonannya di layar perak mahupun dalam drama TV. Ramai peminat mungkin tertanya-tanya bagaimana boleh wujud nama Jins. Menurut Tan Sri Jins, emaknya hendakkan nama Zin, namun ketika ayahnya membuat pendaftaran, polis yang membuat pendaftaran itu tidak boleh menyebut Zin, akhirnya tertulis Jins. Setelah dewasa beliau cuba menyemak nama Zin mengikut tahun kelahirannya. Namun nama Jins sahaja yang ada. Akhirnya nama Jins Shamsudin diterima. Nama Jins bukan nama samaran ia adalah nama sebenar dalam Maykadnya. Dua hari lepas saya dan rakan-rakan sepejabat berpeluang bertemu dengan beliau ketika menjadi tetamu Pusat Penerbitan UKM. Saya pernah bertemu dengan Jins beberapa ka

Bulan Mei

Sama kita sedar atau tidak, bulan Mei setiap tahun banyak betul sambutan hari-hari hebat yang disambut oleh semua orang (masyarakat). Hari Ibu, Jururawat, Belia, Guru adalah antara hari-hari yang kita sama-sama sambut. Radio, TV, laman web dan blog (termasuk blog saya...) menyambut hari-hari tersebut. Kita sedar atau buat-buat tidak sedar bahawa semua hari-hari tersebut semacam boleh menentukan "hidup atau matinya kita?". Tiada Ibu, mana mungkin kita lahir ke dunia ini. Tiada Jururawat mana mungkin emak (Ibu) kita tahu tahap kesihatannya semasa beliau mengandung. Belia.... ahh tak ada belia mana mungkin ada polis, sebab ramai belia yang yang tak dengar kata. Maaf sebenarnya tiada belia mana mungkin ada Ibu, Jururawat, Guru....... Belialah yang menjamin kuat atau lemahnya sesebuah negara. Saya tidak mahu menyebut satu tarikh "hitam" dalam sejarah negara. Namun awal pagi 13 Mei radio menyiarkan Hari Ini Dalam Sejarah pada tarikh tersebut. Menitis air mata mengenang