Catatan

Tunjukkan catatan dari April 19, 2009

Kisah Coklat

Imej
Saya tidak suka makan coklat kerana alahan pada tekak. Namun saya sering mendapat coklat percuma.Anak-anak beruntung kerana saya tidak gemar makan coklat. Ketika berada di Labuan tempuhari saya telah masuk ke sebuah kedai bebas cukai untuk membeli coklat sebagai buah tangan untuk anak-anak. Memanglah teruja dengan longgokan coklat dari dalam dan luar negara. Rakan saya, Ruhaizad hampir sejam meneliti tanda halal pada kotak coklat. Macam-macam beliau lihat kerana ingin memastikan coklat yang bakal dibeli tertera tanda halal. Semalam selepas solat Jumaat selepas singgah basuh kereta di "wash car" saya singgah makan di kedai. Sambil enak menjamah nasi sayur keladi bersama ikan terubuk, En Raduan dari Pejabat Perhunugan Awam UKM menelefon. "Raai Mai Sidang akhbar pasai coklat berlemak babi...., tolong eh?" Sebenarnya isu ini agak panas apabila dalam kotak emal saya muncul tajuk berkaitan coklat berlemak babi. Seronoknya ialah forum ilmiah antara pakar coklat dengan seor

Menulis dalam blog

Blog satu wadah baharu untuk semua orang. Semasa saya mula-mula membeli komputer pada tahun 1998 saya melihat ramai orang terlibat dalam membangunkan laman web percuma. Ketika itu saya dan ramai orang membangunkan laman web dengan menggunakan tapak web percuma seperti Tripod, Geocities dan berbagai lagi. Orang barat amat bermurah hati memberikan benda percuma namun mereka akan mengiklankan berbagai iklan. Kadang-kadang yang memalukan! Saya memiliki laman web pertama dengan menggunakan Tripod dan memasukkan nota fotografi yang akhirnya dinamakan Alam Seni Foto. Saya beruntung apabila Universiti Kebangsaan Malaysia membenarkan warganya sama ada akademik atau tidak menggunakan tapak web yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat. Semua orang berbangga apabila memiliki tapak web sendiri kerana ia akan melambangkan kecanggihan berfikir. Memang pun kerana untuk membangunkan laman web seseorang harus faham, mahir menggunakan beberapa perisian untuk "melukis, mengarang" w

Fotografi: Hobi dan kerjaya saya

Imej
Sejak tahun 1997 saya mengajar pelajar UKM setiap hari Sabtu. Biarpun mereka membawa banyak kerenah dan meletihkan, namun setelah mereka tamat dihujung akhir semester saya menjadi sunyi. Apa tidaknya hari Sabtu saya tidak bertemu mereka lagi. Sekitar 30 tahun dahulu, bidang fotografi hanya diceburi oleh orang kaya-kaya. Justeru semasa saya membuat keputusan mengikuti kursus fotografi di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (dah tak ada...kini tenggelam kerana dibina Empangan Peretak. Sesiapa melalui empangan tersebut untuk ke Bukit Fraser dapat melihat kawasannya)ramai yang beranggapan saya hanya membazir masa dan wang sahaja. Memang benar dakwaan itu kerana ketika itu fotografi menggunakan filem. Kami jurufoto tidak termimpi tentang digital. Komputer belum ada, Photoshop belum ada. Seksa mengenangkan zaman mula-mula menceburi bidang ini. Filem pula, belum lagi warna. Jikalau menggunakan filem maka masih hebat. Kebanyakkan orang masih memperolehi gambar dalam sifat hitam putih. Ketika

Rehat, Rest, Relex

Semalam, saya mengendali empat jam kuliah. Mulai pukul 9 pagi saya mengendalikan kuliah terakhir Kursus Seni Foto Kokurikulum UKM. Oleh kerana ia merupakan kuliah terakhir dan tiada dalam jadual, saya lepaskan pelajar pulang awal pukul 10 pagi. Pukul 10 pagi hingga pukul 1.30 petang saya mengendalikan Kursus Peralihan Pembantu Makmal yang mengambil Kursus Teknologi Fotografi. Oh, empat jam juga saya berdiri dan bercakap. Kerja yang bukan mudah bagi setengah-tengah orang. Berdiri sambil bercakap. Namun oleh kerana kerja ini sudah saya lakukan sejak tahun 1997 (dah 12 tahun pun) maka saya dapat melakukan dengan mudah. Balik ke rumah selepas menghantar anak ke kelas tusyen saya terus berehat selepas Solat Zohor. Oleh kerana isteri melihat saya agak penat pukul 4.30 petang beliau pergi mengambil anak, Nur Atiqah. "Rehat, Rest, Relex", perlu untuk seseorang agar mendapat semangat baharu pada minggu-minggu seterusnya. Ya lah anda tentu telah membaca coretan dibawah bagaimana saya s