Catatan

Tunjukkan catatan dari April 12, 2009

Hari lahir Ke-51

Sedar tak sedar hari ini saya telah genap umur 51. Apa saya nak rahsiakan umur. Tepat jam 12 tadi isteri mengucapkan selamat hari lahir. Anak yang bungsu juga begitu. begitu seronok rupanya anak-anak yang tinggal di kolej tidak lupa dengan ucapan tersebut. Rupa-rupanya begitulah keriangan kita apabila menerima ucapan selamat ulangtahun. Bagaimana bagi mereka yang tidak pernah menerima ucapan seperti saya. Sudah lebih setengah abad saya menghuni bumi Allah ini.

Berada di tiga tempat dalam masa sebelas hari

Imej
Kiri: Kampung Air. Kanan: Seawal pukul 6 petang kedai telah menutup perniagaan. Labuan waktu siang dan malam, tenang. Malam ini saya menikmati kehidupan di rumah sendiri setelah hanya transit sejak 5hb April lalu. Manakan tidak sejak 5-7hb April saya mengendalikan kursus fotografi di Shah Alam. Pada 8-12hb April ke Labuan. Manakala mulai 13-15hb April saya berada di Bukit Fraser. Berada di Bandaraya Shah Alam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Bukit Fraser mempunyai cerita yang berbeza. Shah Alam, bandarnya sibuk. Terdapat kesesakan jalanraya yang masih boleh dikawal. Namun apabila hujan turun makan kebanyakkan jalannya becak. Seperti memandu di dalam sungai! Akibat jalan yang sering digenangi air maka terdapat lobang-lobang di sana-sini. Kebanyakkan jalan di Shah Alam akan banjir bila hujan turun dengan lebat. Namun Shah Alam bukanlah asing bagi saya kerana sering mengambil dan menghantar anak yang sedang belajar di sana. WP Labuan tepat yang saya tidak pernah sampai sebelum ini. Banda

Semalam, hari ini dan esok

Imej
Bersama Prof. Dr. Kamaruddin (baju kuning) dan Hj. Ismail (baju merah) di jeti nelayan Labuan Semalam saya berada di Labuan bermula 8 April, hari ini Alhamdulillah saya telah selamat berada di Bangi bersama-sama keluarga. Nostalgia bersama-sama rakan-rakan setugas, Ismail, Kamarul dan Ruhaizad. Masih teringat suara Kamarul yang suka bercakap. Jikalau dia bercakap payah nak berhenti. Kekadang kena minta izin untuk mencelah. Walaupun kami rakan sejabatan, namun esuk saya harus ke Bukit Fraser, Pahang untuk membuat rakaman fotografi seminar mengenai Bukit Fraser. Bagai mimpi hidup saya dalam sehari dua ini menjadi musafir dalam kerjaya sebagai Jurufoto. Tadi semasa menunggu waktu berlepas di Labuan, saya memberitahu Prof. Dr. Kamaruddin M.Said esuk saya akan ke Bukit Fraser dia hanya senyum kecil. Tepat seperti bisik beliau semasa saya bersama Ismail menemaninya ke Kampung Patau-Patau 1 dan 2, tugas sebagai Jurufoto banyak berjalan. Ya itu memang tepat kerana