Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2009

Amat menyeronokkan

Imej
Sebahagian peserta Kursus Fotografi Digital Tiga hari dua malam berada di Hotel De Palma Shah Alam mengendalikan Kursus Fotografi Digital anjuran Unit Latihan dengan kerjasama Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM cukup menyeronokkan. Saya, Hj. Ismail, Ikhwan telah mengendalikan kursus tersebut sejak hari Ahad 5 hingga 7 april (hari ini). Seramai 48 orang rakan-rakan warga UKM telah meluangkan masa selama tiga hari dua malam tersebut mengikuti kursus sambil mempraktikkan amaln fotografi digital yang betul. Mereka telah kami dedahkan bagaimana mengambil merakamkan gambar yang betul. Memilih teknik-teknik komposisi. Ketua Jabatan saya Prof. Dr. Kamaruddin M.Said juga turut padang memberikan ceramah dengan tajuk "Bagaimana menghasilkan foto yang bermutu". Esuk Insyaalah pukul 4 pagi saya bersama Hj. ismail, Kamarul dan Rohaizat (dua rakan vediographer) akan ke airport kerana pukul 7.50 pagi kami berempat akan bertugas di Labuan. Tunggu, ada catatan menarik mulai 8 hingga 12 April

Kursus Fotografi Digital 2009

Insyaalah hari ini saya, Hj Ismail, Ikhwan akan berkampung disebuah hotel di Shah Alam untuk mengendalikan kursus fotografi digital anjuran Unit Latihan UKM. Kursus ini merupakan kursus yang diadakan untuk warga UKM. Kami akan berkampung disana hingga 7 April. Saya dan Hj Ismail akan memulakan ceramah hari ini manakala pukul 8.30 pagi esuk Prof. Dr. Kamaruddin M. Said akan mengendalikan topik yang diminatinya Komposisi dan Cara Menghasilkan Gambar yang Bermutu. Kepada semua peserta kita akan berjumpa disana...