Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 29, 2009

Perjalanan perlu dipermudahkan

Imej
Saya harus bersyukur kepada Allah kerana sejak hari Sabtu walaupun kegiatan harian saya agak padat masa tetap ada untukNya dan keluarga. Seawal jam 9 pagi saya telah memulakan kuliah bersama-sama pelajar kursus seni foto. kemudian saya bersama keluarga memulakan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak untuk menghadiri majlis kenduri rakan sepejabat, Ikhwan melangsungkan perkahwinan. Perjalanan ke sana lancar melalui Ijok, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Pukul 4 petang saya dan keluarga bertolak balik ke Bangi dan singgah di Kuala Selangor. Walaupun hujan turun namun perjalanan lancar dan sempat singgah di Bukit Melawati menikmati matahari berlabuh di sana. Selepas bersolat Maqrib di Masjid Kuala Selangor kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan Tuan Haji Razak Hussin pegawai di Pejabat Perhubungan Awam UKM menelefon meminta saya menjadi salah seorang petugas di majlis kenduri Naib Canselor UKM pada hari Ahad (29 Mac). Pada asalnya saya ingin berehat sahaja pada hujung