Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 15, 2009

Hari yang meletihkan

Pukul 11 pagi Tuan Haji Razak Pejabat Perhubungan Awam menghubungi saya untuk buat liputan fotografi makan tengahari pemenang Nobel Laureate Lecture Prof. Howard Robert Horvitz di Kelab DANAU UKM. Tugas biasa seorang jurufotolah katakan jam 1 petang bukan waktu rehat seperti rakan-rakan yang bertugas di pejabat. Sehingga jam 4.30 petang masih di Bilik Senat UKM buat liputan syarahannya. Pemenang Nobel Laureate Lecture memanglah menjadi tumpuan para saintis. Bilik Senat dipenuhi dengan orang ramai. Oleh kerana jam 5 petang saya harus menjalankan kuliah untuk Program Peralihan Pembantu Makmal maka saya serahkan tugas kepada Ikhwan. Pukul 7 petang ke Hentian Komuter UKM menjemput isteri balik kerja dari Kuala Lumpur. Jam 8.15 selepas solat Magrib saya bergegas ke Panggung Seni UKM untuk membuat liputan Pesta Pantun UKM 2009. Balik ke rumah jam 11 malam, badan sudah terasa amat letih. Ambil sedikit minyak urut jam 12.3o baru dapat tidur. Rutin begini sudah biasa saya lalui. Cuma letihnya A