Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2009

Perancangan Bengkel di Labuan

Hari ini saya menyertai satu mesyuarat mengenai bengkel yang akan diadakan di Labuan pada 9-11 April depan. Beberapa kata putus telah dibuat. Insyallah jika tidak ada aral melintang saya akan sampai di Labuan pada 8 april ini untuk menguruskan satu bengkel yang akan diadakan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Jabatan Pelajaran Labuan.

Menjadi juri pertandingan fotografi 4KL

Semalam saya, En Harul dan Hj Ismail telah mengadili pertandingan fotografi KL anjuran Persatuan Pelajar Kolej Tun Syed Nasir UKM bertempat di Tasik Titiwangsa KL. Jumlah gambar yang dipertandingkan tidaklah banyak. Namun hasil karyanya bolehlah dibanggakan. Masih ramai peserta yang menampilkan gambar yang ada tema, menepati kehendak teknikal dalam fotografi, namun masih terdapat peserta yang lemah dari mencari komposisi yang mantap. Justeru itu saya dan rakan-rakan juri beranggapan peserta harus mempelajari bagaimana untuk menampilkan hasil karya yang bermutu dengan menekankan elemen komposisi yang baik. Tahniah kepada pemenang bagi ketogeri profesional dan amatur. Lihat foto