Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Dua minggu

Seminggu hanya ada tujuh hari dan enam malam. Itulah yang saya ingin beritahu mengenai seminggu yang saya lalui mulai 16-22 November dan 23-29. Rupa-rupanya sudah dua mingu saya meninggalkan pejabat secara rasmi. 16-21 Nov saya berada di Lata Jarom, 21 hingga 29 Nov saya berada di rumah sahaja. Jemu? saya tidak merasa jemu kerana selama seminggu telah berkesempatan mengemaskinikan blog, facebook, photoblog. Cuma saya merasakan dan membayangkan saya seperti seorang orang pencen. Kerana tinggal di rumah tanpa urusan kerja di pejabat maka saya seperti orang pencen yang hanya menjadikan rumah sebagai perhentian dalam kehidupan ini. Namun selama beberapa hari saya mengambil peluang bercuti ini bersama tiga puteri yang sedang bercuti. seorang orang bercuti akhir semester, seorang bercuti untuk mendapat tempat menjalankan latihan industerinya, manakala seorang sedang bercuti akhir semester sekolah dan menunggu keputusan PMRnya. Kesempatan ini dilakukan sebaik mungkin walaupun mereka su

Bertugas di Hutan Lata Jarom, Hulu Dong, Raub, Pahang pada 16-21hb November

Imej
Selama enam hari di Lata Jarom, saya meninggalkan pakaian rasmi pejabat demi mencari sudut yang menarik untuk direkodkan. Mulai 16 hingga 21hb November 2009 saya telah menyertai Ekspedisi Saintifik Lata Jarom, Raub Pahang (ESLJ). Tugas terbaru saya kali agak mencabar kerana saya menjalankan ESLJ dalam keadaan hujan. Mengikut ramalan cuaca, hujan akan turun mulai malam Isnin (16 November) hingga hari Khamis 19 November ini. Ia menjadi kenyataan selama tiga hari kami terpaksa berdepan dengan hujan disusuli air sungai yang berarus kuat. Selama 6 hari di sana saya telah dapat merakamkan gambar bersama-sama peserta ESLJ. Justeru, dibawah ini saya akan turunkan beberapa catatan untuk direnung bersama. Lihat catatan yang berkaitan di Daud M. Zakaria

Wang tabung

Seorang rakan saya telah minum di sebuah restoran. Kebiasaan restoran terdapat tabung derma kebajikan untuk mana-mana pertubuhan. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila rakan saya menceritakan bahawa ketika hendak membayar setelah selesai menjamu selera, pekedai itu telah membuka tabung tersebut untuk memperolehi wang kecil. Timbul tandatanya kenapa harus dibuka tabung tersebut kalau hendak mendapatkan wang siling. Disini sudah tentu timbul jawapan bahawa apabila setiap pelanggan membayar dan memiliki wang lebih katakan lima puluh sen dan memasukkan ke dalam tabung tersebut. hasilnya katakan pelanggan mengeluarkan RM10 dan wang lebihan lima puluh sen sudah tentu pemilik restoran itu memperolehi laba. Atau, pemilik restoran itu telah memecah amanah hasil kutipan dari tabun tersebut yang boleh dibuka pada bila-bila masa.

Kami tidak membela lembu dan kambing

"Kenapa orang kat sini tak bela lembu dan kambing Kak", tanya Asri pelajar sarjana Sains Sosial kepada seorang wanita Orang Asli di Kampung Sungai Yol, Hulu Dong. "Kami tak bela lembu dan kambing sebab tak mau dia makan apa yang ada kat tanah kebun orang lain", jawab wanita itu. Itulah jawapan yang diberikan oleh wanita Orang Asli yang kami temui. Nilai murni yang tidak mahu mencari gaduh dengan masyarakat lain harus di puji. Bagi saya, mereka suka hidup dalam suasana harmoni. Malahan semasa kehadiran kami dari ahli ESLJ dapat melihat keharmonian itu. Mereka berkumpul satu keluarga, terdapat anak saudara, abang, adik. Jelas terpancar, suasana harmoni ada di sebuah kampung Orang Asli.  

Abang Ismail

Imej
Ismail Mohamad sedang menikmati keindahan Sungai Dong Abang Ismail (empat dari kiri) bersama peserta yang mendaki Lata Tinggi Abang Ismail menjadi pemandu denai yang cekap semasa ESLJ yang berlangsung selama enam hari mulai 16-21 Nove 2009 lalu. Bekas anggota komando tentera yang telah bersara lebih 20 tahun lalu. Kerjaya hariannya mencari gaharu untuk dijual dengan harga sekilo RM16 ribu. "Saya hanya pernah dapat menjual gaharu dengan harga RM 800 dalam satu masa", kata Abang Mail (Pak Mail sebutan pelajar untuk beliau). "Bukan senang nak dapat satu kilo", sambung beliau lagi. Sepanjang enam hari Abang Mail telah menjadi pemandu untuk peserta ekspedisi memanjat bukit dan denai. Paling menarik satu kumpulan telah dibawa oleg Abang Mail untuk tidur satu malam di Lata Tinggi yang jauh perjalanannya kira-kira 2 jam pendakian. Lata Tinggi memiliki khazanah alam dan misteri alam yang sukar dirungkaikan.

Jefry dan lukisannya

Imej
Sedang mencari subjek untuk dirakam ketika berhenti di rumah Tok Batin Kampung Sungai Yol, mata saya terpandang satu keping gambar potret seorang gadis terpampang di tingkap. Saya terus memanggil penghuni rumah itu. Selang beberapa minit muncul seorang pemuda Orang Asli di muka pintu. Namanya Jefry mempunyai bakat yang amat tinggi untuk melukis potret. Bersekolah hingga tingkatan 5 dapat gred B mata pelajaran Lukisan. Jefry boleh diketengah dengan bakat yang ada. Pernah memenangi pertandingan melukis potret pemimpin negara di sekolahnya. Jefry mempunyai cita-cita yang tinggi hasil pemerhatian saya. Rumahnya dihiasi dengan gambar-gambar potret artis dalam dan luar negara. Bilik tidurnya dihias dengan piala yang pernah diperolehinya. Saya dan pelajar UKM yang menyertai ESLJ telah ditunjukkan hasil karya Jefry. Bakatnya sungguh bermutu. Banyak gambar-gambar yang mempunyai nilai seni yang bermutu. Pada hemat saya kalau dibawa dan dilatih oleh guru yang baik dia akan menjadi an

Hidup tanpa mengguna wang

Wang amat diperlukan dalam hidup ini. Namun sepanjang ESLJ, saya tidak perlukan wang. Apa tidaknya sepanjang enam hari saya dan peserta lain telah dibekalkan dengan makanan oleh pihak urusetia. Saya hanya mengeluarkan wang sebanyak RM4.20 untuk membeli makanan ringan yang akan diberikan kepada anak Orang Asli di Hulu Dong. Cuma pada hari terakhir saya perlu membayar wang sewa chalet Haji Mustafa. Ekoran kes ini maka saya beranggapan sara hidup di pendalaman amat murah dan akan memberikan kesenangan kepada masyarakat di sana.

Sungai kering di hulu.

Imej
Melihat ciptaan Allah memang mengagumkan. Ketika mengakhiri misi masuk hutan menerusi Denai Bukit saya amat teruja melihat sungai yang kering. Terdapat susunan batu-batu besar seperti di sungai. Namun sungai itu tidak terdapat air. Sungai seperti ini hanya akan terdapat air ketika hujan lebat. Menurut Renger Jabatan Hutan sungai tersebut akan mewujudkan kepala air dan amat merbahaya kepada pengunjung sungai. Mereka boleh dibawa arus sungai yang hasil pembentukan kepala air.

Luahan perasaan seorang saintis

Imej
Anak Orang Asli ini akan menggunakan sumber rimba untuk meneruskan kehidupannya setelah dewasa kelak. Anak pokok Tualang ini mengambil masa puluhan tahun untuk membesar. Pokok Tualang yang menjadi tempat lebah membuat sarang.Manakala Madu Lebah Tualang cukup terkenal. Prof. Dato" Dr. Laily membawa balik ke makmal ranting pokok yang telah ditebang oleh orang lain Saya menyertai kumpulan Prof Dato' Dr. Wahid Shamsudin dan Prof Dato' Dr. Laily bin Din di hari kedua Ekspedisi Lata Jarom (ESLJ) untuk ke Denai Air. Kami dipandu oleh tiga orang Renger Jabatan Hutan. Prof Wahid menyusuri denai itu untuk mencari spesis Leiken. Memang banyak terdapat di pokok-pokok dan batu-batu di Sungai Jarom. Apa yang menarik ialah apabila Prof Laily menyebut "kalau nak mencabut pokok Tongkat Ali dan dijual kenapa tidak ditanam?. Kalau cabut ia akan merosakkan hidupan itu. Lama kelamaan ia akan pupus". Natijahnya sepanjang ESLJ memberi kesan kepada saya setiap kali ingin merakam gamba

Chalet Haji Mustaffa - Chemerkau Chekas Chalet

Imej
Selama lima malam saya, Daud dan Ramli telah menyewa Chalet Haji Mustaffa -Chemerkau Chekas Chalet. Chaletnya cantik rumahnya sederhana luas mempunyai dua katil dan cukup untuk kami melepaskan letih selama lima malam. Haji Mustaffa seorang pesara TNB mengusahakan chalet tersebut lebih 10 tahun lalu. Landskapnya menarik dan amat bersesuai dengan suasana perkampungan di Hulu Dong yang terletak di Kampung Peruas, 14KM dari Kuala Dong, kira-kira 3KM dari tempat perkelahan Lata Jarom. Kami menempah Chalet Haji Mustaffa - Chemerkau Chekas Chalet ini kerana ingin menggunakan kemudahan letrik sepanjang lima hari untuk mengecas batteri. Saya lihat Chalet Haji Mustaffa - Chemerkau Chekas Chalet mampu menjadi lokasi percutian keluarga kerana dipinggir chalet itu terdapat sungai yang mengalirkan air yang bersih. Menurut anak Hj Mustaffa, Cik Murni air sungai digunakan untuk keperluan chalet dan air dari Jabatan Bekalan Air akan disambung sekiranya air sungai ker

Kasihan penumpang komuter

Imej
Seawal pukul 6.30 pagi tadi saya telah sampai di hentian komuter UKM bersama isteri. Isteri saya merupakan penumpang tetap sejak lapan bulan lalu setelah bertukar tempat ke Kuala Lumpur. Saya perlu menaiki komuter kerana hendak ke hentian Madvaley KL untuk satu tugasan di sebuah hotel di situ. Kalau ke KL saya lebih selesa menaiki komuter atau LRT sahaja. Jimat, dan tidak tertekan dengan kesesakan jalan raya. Train yang sepatutnya datang pukul 6.35 pagi dari Seremban telah lewat lebih 10 minit. Saya tidak tertekan sangat kerana majlis yang akan buat liputan akan bermula pukul 9 pagi. Penumpang semakin ramai. Train datang kira-kira pukul 6.45 pagi. Di hotel saya membaca satu rencana yang ditulis di Utusan Malaysia. Elok rasanya saya petik 100% rencana tersebut untuk dibaca oleh anda yang "tak suka beli Utusan" Khidmat KTM Komuter semakin baik atau bertambah buruk? (petikan Utusan Malaysia 9 Nov 2009) SEMALAM, ketika tercari-cari mengenai isu apa yang ingin ditulis, penulis ter

Harga barang di Taman Negara Pahang

Imej
Kasut yang paling sesuai untuk bekerja di sungai Minggu lepas (30hb Oktober-1 November 2009) saya bersama sembilan lagi peserta ke Taman Negara Pahang untuk satu tugasan merakam gambar. Taman Negara Pahang merupakan satu lokasi pelancongan yang menarik bagi anda yang sukakan alam sekitar yang hijau, damai dan sunyi. Tanggapan awal hasil pengalaman Kamarul dan Ismail bahawa mungkin kurang terdapat kedai di sana maka saya dan beberapa orang rakan telah menyediakan beberapa bungkus biskut kerana kuatir tentang harga barang yang mungkin mahal. Namun andaian itu salah apabila tiba di sana terdapat kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit dan cenderamata. Oleh kerana tugasan kami akan mengharungi sungai maka saya mencadangkan kepada rakan-rakan menggunakan kasut plastik yang murah. Harga kasut tersebut saya pernah beli hanya dalam lingkungan RM 5 sahaja. Ketua saya Prof Dr. Kamarudin pada malam kedua telah membeli sepasang kasut dengan harga RM

Mandi sungai

Imej
Aktiviti fotografi di Sungai Tahan Mandi sambil merakam gambar Foto oleh: Ismail Sungai menjadi nadi utama masyarakat kita. Sejarah telah membuktikan sungai adalah jalan utama zaman berzaman. Malahan zaman ini masih terdapat di beberapa tempat sungai dijadikan berbagai keperluan. Justeru bagi sesiapa sahaja yang pernah menjadikan sungai sebagai tempat untuk mandi dan "sebagainya" maka apabila bertemu dengan sungai mereka akan menjadi bahagia. Di Sungai Tahan Taman Negara saya menikmati air air sungai yang jernih dan bersih. Saya dan beberapa rakan-rakan termasuk Prof Kamarudin mengambil kesempatan berendam seketika di beberapa lokasi. Antaranya di Lubok Ikan Kelah. Sekali lagi saya ingin mengambil peluang untuk meratu kepada masyarakat cintailah sungai kita dan jagalah sungai kita agar generasi akan datang tidak kenal sungai!

Pemalu tetapi jujur

Imej
Dari Kiri: Kamarul Bahrin, Tok Batin Buman dan saya. Beras untuk dijadikan makanan utama amat diperlukan oleh Orang Asli di Taman Negara. Orang Asli Suku Batek yang tinggal di pingir Sungai Tembeling Taman Negara bersifat pemalu. Riak wajah mereka sudah mencermin apa yang dimaksudkan itu. Namun oleh kerana kampung mereka sering dikunjugi oleh pelancong samada dari dalam mahupun luar negara sifat pemalu mereka tidaklah ketara sangat. Malah setiap kali kehadiran pelancongan mereka akan menyambut dengan mesra namun sifat malu dan rendah diri mereka tetap terpancar di wajah mereka. Orang Asli Suku Batek dikatakan berasal dari Afrika. Hasil perubahan muka bumi ratusan jutaan tahun dulu mereka terpisah dari tempat asal. Antara negara yang terdapat suku kaum ini ialah di Malaysia, Filipina dan Myanmar. Mereka masih mengamalkan cara hidup berpindah randah dan beberapa kepercayaan lain. Beras, garam, api dan tembakau merupakan keperluan yang amat diharabkan oleh mereka untuk meneruskan kehidup

Meneroka keindahan alam semulajadi

Imej
Jeti Kuala Tahan Ke Taman Negara dengan sampan panjang. Sungai Tembeling masih belum tercemar 30 Oktober 2009 pukul 7.19 pagi, saya bersama sembilan lagi peserta telah memulakan perjalanan dengan bas UKM menuju ke Kuala Tembeling, Pahang untuk melakukan Ekspedisi Fotografi Taman Negara 2009 (selepas ini EFTN2009). Selepas tiga jam tiga puluh minit bas tiba di Jeti Kuala Tembeling. Oleh kerana kami belum bersarapan maka kesempatan yang masih ada maka semua peserta telah mengisi perut di salah sebuah gerai di situ. Menyusuri Sungai Tembeling dengan sampan panjang yang boleh mengisi 12 orang penumpang memberi satu pengalaman baru kepada saya dan rakan-rakan lain. Di dalam kumpulan seramai sepuluh orang itu, saya, Prof Dr Kamarudin, Hazrul, Ismail, Sulimi sahaja yang betul-betul "karyawan foto". Selebihnya Daud dan Kamarul Bahrin Juruvedio. Manakala Salleh, Kamarul Arifin, Rosli merupakan pegawai Pusat Penerbitan yang menunjukan minat yang tinggi dalam bidang seni foto. Saya semp