Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

ETIKA: Jurufoto dan Fotografi

Imej
Jangan terlalu rapat dengan individu yang bertaraf VVIP. Jangan memaparkan kejadian kemalangan ngeri untuk khalayak kecuali untuk pendidikan atau seminar. Keizinan diperlukan untuk memaparkan potret individu. Gambar yang berunsur penyiasatan hanya boleh dipamerkan dengan melindungi wajah sebenar kerana mereka belum bersalah kecuali mahkamah yang berkuasa memutuskannya. “Ye ke, semasa orang makan kita tak boleh ambil gambar?’, tanya rakan sepejabat saya. “Ya, jangankan VIP orang biasapun tak boleh” jawab saya. Itu merupakan antara dialog yang sering diutarakan kepada saya apabila berbicara mengenai etika ketika merakam gambar di mana-mana majlis. Sejak kegilaan merakam gambar oleh masyarakat kita ramai yang tidak sedar ada beberapa etika yang wajib dipatuhi. Bagi kebanyakkan Jurufoto Profesional semua etika telah difahami. Cuma bagi kalangan orang biasa beberapa pantang larang tidak ketahui oleh mereka. Merakam gambar individu kita perlu mendapat keizinan ke

Alam Seni Foto~photography for all~ kini berusia 10 tahun

Fotografi merupakan salah satu hobi yang mahal. Fotografi merupakan salah satu kerjaya yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Fotografi juga mampu menjadikan terapi kesihatan yang mesra. Fotografi mampu menjadikan dunia ini dengan warna-warni yang gembira, ceria dan bermotivasi. Itulah ungkapan yang mampu saya lahirkan hasil penglaman selama 30 tahun menceburi kerjaya Jurufoto di UKM. Mungkin kebetulan, pada 5 November 1979 saya memulakan kerjaya sebagai Jurugambar (istilah pada jawatan Jurufoto ketika itu) dan pada 13 Oktober 1999 saya melancarkan laman web bertajuk Alam Seni Foto~photography for all~. Laman web ini bertujuan menyebarkan ilmu fotografi untuk peminat fotografi. Pada tahun 1990an fotografi digital belum lagi popular seperti sekarang. Ketika itu kami jurufoto masih bergelumang dengan bahan kimia untuk memproses filem dan mencetak gambar. Photoshop belum lagi hebat seperti sekarang. Jumlah karyawan foto tidak seperti sekarang yang meningkat hampir jutaan orang.