Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Etika ketika lagu Negaraku sedang berkumandang

Mengenai arahan kepada petugas media menghormati lagu 'Negaraku' pada majlis rasmi kerajaan, Rais* berkata jurufoto dan jurukamera media asing turut tidak terkecuali dalam mematuhi peraturan tidak mengambil gambar semasa lagu kebangsaan dimainkan.Semalam, beliau berkata kementeriannya akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu 'Negaraku' ketika dimainkan.Peraturan itu bertujuan menghalang segelintir petugas media seperti jurufoto daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka ketika lagu kebangsaan dimainkan.-- BERNAMA Rais*-merujuk nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Semuanya kerana etika Jurufoto

Laman 1 Media Inform Suraiya Dharmawan

Apa Dah Jadi?

Imej
Masih sempurna...... Mencacatkan majlis.... Kacau bilau........ Mengubah teori lama dan mengubah etika itu tanda kita telah Berjaya? Saya berbicara hal ini dalam hubungan fotografi. Ingin mengubah teori dalam komposisi? Mengubah etika dalam fotografi? Mengubah beberapa teori lain yang telah dicipta oleh pengamal fotografi lama sejak seratus tahun lalu akan mengangkat kita sebagai orang terkenal? Saya suka menarik pendapat seorang pengamal fotografi muda di negara kita apabila beliau menyentuh mengenai komen seorang pengantin yang sudah matang dalam majlis perkahwinan. Pengantin tersebut kurang selesa bila jurufoto meminta dia memperlakukan berbagai aksi yang kurang menyelesakannya. Pada saya dalam hal ini ia berkait rapat dengan etika dalam fotografi. Berapa ramai pengantin yang mungkin hanya menuruti sahaja kehendak jurufoto tersebut kerana dia sudah membayar semua kos fotografi. Tahukah kita semua aksi dalam bidang modeling telah lama dicipta oleh pengamal fotografi sehaja hampir rat

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara. Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan. Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya. Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja k

Semangat mesti kental

Sesekali kena bertugas di Kuala Lumpur semangat kena kental. Sesak dan kerenah pemandu di jalan raya Kuala Lumpur sudah pasti menguji kesabaran. Apakah orang Kuala Lumpur sudah berubah dari segi gaya,budaya dan peribadi? Namun itulah kerektor orang Kuala Lumpur. Ketika menaiki komuter, LRT lagilah pula....isteri saya yang setiap hari menggunakan keretapi letrik dapat melihat kerenah penumpangnya. Untuk bertemu orang muda memberikan tempat duduk kepada orang tua agak susah ditemui.... Tahniah kepada orang muda yang tidak bersikap demikian. Aaaah, pagi tadi semasa hendak ke kampus UKM Kuala Lumpur saya terperangkap selama 15 minit di dalam terowong Smart. Wau mendebarkan juga apabila terpaksa memandu sejauh lebih 4 KM dalam suasana kenderaan bergerak perlahan dan sudah tentu kereta banyak.

Kursus Teknik Fotografi Program Sains Forensik UKM

Imej
Hari ini saya sudah selesai mengendalikan kursus Teknik Fotografi untuk pelajar-pelajr Program Sains Forensik UKM. Mereka merupakan pelajar pengambilan ketiga bagi Program Forensik UKM. Kursus ini bermula semalam. Saya menggunakan segala pengalaman yang ada semasa menjadi jurufoto sains ketika berada di Fakulti Sains dan Teknologi sebelum ini. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini begitu tinggi. Mereka ini begitu inteligent dan seronok membimbing mereka. Merakam gambar untuk tujuan kerja-kerja sains tidak sama dengan fotografi biasa. Banyak perkara yang harus dititik beratkan terutamanya yang melibatkan sempel kajian saintisfik.

Liputan berita ketika saya di Brunei

Berikut ialah beberapa berita online dan akhbar yang membuat liputan mengenai bengkel fotografi digital yang saya kendalikan di Negara Brunei Darul Salam pada 7 Jun 2009 The Brunei Times Borneo Bulletin Brudirect.com Camaeras4u

Brunei: Mimpi menjadi nyata

Imej
Album gambar-gambar terpilih praktikal peserta kursus Tiga puluh tahun (1979) dulu saya memilih menjadi Jurufoto UKM. Merangkak belajar dan mencari pengalaman dalam keadaan penuh azab. Dua belas tahun lalu (2007) saya mengambil tindakan nekad untuk menjadi tenaga pengajar sambilan kursus seni foto di UKM. Empat tahun lalu (2005) ketika En Fadil dari UKM Holding menelefon saya bertanya untuk mengendalikan kursus Fotografi Siasatan saya terima tawarannya. 6 Jun 2009 lalu saya melangsungkan khidmat saya untuk TEA UKM Holding ke Brunei bagi membantu ISMS Brunei menganjurkan Bengkel Fotografi Digital pada 7 Jun. Setibanya saya dan Puan Ong (dari TEA UKM Holding) di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Sri Begawan, kami telah dijemput oleh Sdra Amir Abdullah bersama rakan sejawatnya. Amir mudah mengecam saya kerana beliau pernah meilaht wajah saya di laman web Alam Senifoto . "Kami kena bawa U all makan di satu tempat untuk diner. Kalau terus ke hotel, jalan sedang sesak. Ada majlis ke

Dalam Sinar Harian

Imej