Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Kisah Coklat

Imej
Saya tidak suka makan coklat kerana alahan pada tekak. Namun saya sering mendapat coklat percuma.Anak-anak beruntung kerana saya tidak gemar makan coklat. Ketika berada di Labuan tempuhari saya telah masuk ke sebuah kedai bebas cukai untuk membeli coklat sebagai buah tangan untuk anak-anak. Memanglah teruja dengan longgokan coklat dari dalam dan luar negara. Rakan saya, Ruhaizad hampir sejam meneliti tanda halal pada kotak coklat. Macam-macam beliau lihat kerana ingin memastikan coklat yang bakal dibeli tertera tanda halal. Semalam selepas solat Jumaat selepas singgah basuh kereta di "wash car" saya singgah makan di kedai. Sambil enak menjamah nasi sayur keladi bersama ikan terubuk, En Raduan dari Pejabat Perhunugan Awam UKM menelefon. "Raai Mai Sidang akhbar pasai coklat berlemak babi...., tolong eh?" Sebenarnya isu ini agak panas apabila dalam kotak emal saya muncul tajuk berkaitan coklat berlemak babi. Seronoknya ialah forum ilmiah antara pakar coklat dengan seor

Menulis dalam blog

Blog satu wadah baharu untuk semua orang. Semasa saya mula-mula membeli komputer pada tahun 1998 saya melihat ramai orang terlibat dalam membangunkan laman web percuma. Ketika itu saya dan ramai orang membangunkan laman web dengan menggunakan tapak web percuma seperti Tripod, Geocities dan berbagai lagi. Orang barat amat bermurah hati memberikan benda percuma namun mereka akan mengiklankan berbagai iklan. Kadang-kadang yang memalukan! Saya memiliki laman web pertama dengan menggunakan Tripod dan memasukkan nota fotografi yang akhirnya dinamakan Alam Seni Foto. Saya beruntung apabila Universiti Kebangsaan Malaysia membenarkan warganya sama ada akademik atau tidak menggunakan tapak web yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat. Semua orang berbangga apabila memiliki tapak web sendiri kerana ia akan melambangkan kecanggihan berfikir. Memang pun kerana untuk membangunkan laman web seseorang harus faham, mahir menggunakan beberapa perisian untuk "melukis, mengarang" w

Fotografi: Hobi dan kerjaya saya

Imej
Sejak tahun 1997 saya mengajar pelajar UKM setiap hari Sabtu. Biarpun mereka membawa banyak kerenah dan meletihkan, namun setelah mereka tamat dihujung akhir semester saya menjadi sunyi. Apa tidaknya hari Sabtu saya tidak bertemu mereka lagi. Sekitar 30 tahun dahulu, bidang fotografi hanya diceburi oleh orang kaya-kaya. Justeru semasa saya membuat keputusan mengikuti kursus fotografi di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (dah tak ada...kini tenggelam kerana dibina Empangan Peretak. Sesiapa melalui empangan tersebut untuk ke Bukit Fraser dapat melihat kawasannya)ramai yang beranggapan saya hanya membazir masa dan wang sahaja. Memang benar dakwaan itu kerana ketika itu fotografi menggunakan filem. Kami jurufoto tidak termimpi tentang digital. Komputer belum ada, Photoshop belum ada. Seksa mengenangkan zaman mula-mula menceburi bidang ini. Filem pula, belum lagi warna. Jikalau menggunakan filem maka masih hebat. Kebanyakkan orang masih memperolehi gambar dalam sifat hitam putih. Ketika

Rehat, Rest, Relex

Semalam, saya mengendali empat jam kuliah. Mulai pukul 9 pagi saya mengendalikan kuliah terakhir Kursus Seni Foto Kokurikulum UKM. Oleh kerana ia merupakan kuliah terakhir dan tiada dalam jadual, saya lepaskan pelajar pulang awal pukul 10 pagi. Pukul 10 pagi hingga pukul 1.30 petang saya mengendalikan Kursus Peralihan Pembantu Makmal yang mengambil Kursus Teknologi Fotografi. Oh, empat jam juga saya berdiri dan bercakap. Kerja yang bukan mudah bagi setengah-tengah orang. Berdiri sambil bercakap. Namun oleh kerana kerja ini sudah saya lakukan sejak tahun 1997 (dah 12 tahun pun) maka saya dapat melakukan dengan mudah. Balik ke rumah selepas menghantar anak ke kelas tusyen saya terus berehat selepas Solat Zohor. Oleh kerana isteri melihat saya agak penat pukul 4.30 petang beliau pergi mengambil anak, Nur Atiqah. "Rehat, Rest, Relex", perlu untuk seseorang agar mendapat semangat baharu pada minggu-minggu seterusnya. Ya lah anda tentu telah membaca coretan dibawah bagaimana saya s

Hari lahir Ke-51

Sedar tak sedar hari ini saya telah genap umur 51. Apa saya nak rahsiakan umur. Tepat jam 12 tadi isteri mengucapkan selamat hari lahir. Anak yang bungsu juga begitu. begitu seronok rupanya anak-anak yang tinggal di kolej tidak lupa dengan ucapan tersebut. Rupa-rupanya begitulah keriangan kita apabila menerima ucapan selamat ulangtahun. Bagaimana bagi mereka yang tidak pernah menerima ucapan seperti saya. Sudah lebih setengah abad saya menghuni bumi Allah ini.

Berada di tiga tempat dalam masa sebelas hari

Imej
Kiri: Kampung Air. Kanan: Seawal pukul 6 petang kedai telah menutup perniagaan. Labuan waktu siang dan malam, tenang. Malam ini saya menikmati kehidupan di rumah sendiri setelah hanya transit sejak 5hb April lalu. Manakan tidak sejak 5-7hb April saya mengendalikan kursus fotografi di Shah Alam. Pada 8-12hb April ke Labuan. Manakala mulai 13-15hb April saya berada di Bukit Fraser. Berada di Bandaraya Shah Alam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Bukit Fraser mempunyai cerita yang berbeza. Shah Alam, bandarnya sibuk. Terdapat kesesakan jalanraya yang masih boleh dikawal. Namun apabila hujan turun makan kebanyakkan jalannya becak. Seperti memandu di dalam sungai! Akibat jalan yang sering digenangi air maka terdapat lobang-lobang di sana-sini. Kebanyakkan jalan di Shah Alam akan banjir bila hujan turun dengan lebat. Namun Shah Alam bukanlah asing bagi saya kerana sering mengambil dan menghantar anak yang sedang belajar di sana. WP Labuan tepat yang saya tidak pernah sampai sebelum ini. Banda

Semalam, hari ini dan esok

Imej
Bersama Prof. Dr. Kamaruddin (baju kuning) dan Hj. Ismail (baju merah) di jeti nelayan Labuan Semalam saya berada di Labuan bermula 8 April, hari ini Alhamdulillah saya telah selamat berada di Bangi bersama-sama keluarga. Nostalgia bersama-sama rakan-rakan setugas, Ismail, Kamarul dan Ruhaizad. Masih teringat suara Kamarul yang suka bercakap. Jikalau dia bercakap payah nak berhenti. Kekadang kena minta izin untuk mencelah. Walaupun kami rakan sejabatan, namun esuk saya harus ke Bukit Fraser, Pahang untuk membuat rakaman fotografi seminar mengenai Bukit Fraser. Bagai mimpi hidup saya dalam sehari dua ini menjadi musafir dalam kerjaya sebagai Jurufoto. Tadi semasa menunggu waktu berlepas di Labuan, saya memberitahu Prof. Dr. Kamaruddin M.Said esuk saya akan ke Bukit Fraser dia hanya senyum kecil. Tepat seperti bisik beliau semasa saya bersama Ismail menemaninya ke Kampung Patau-Patau 1 dan 2, tugas sebagai Jurufoto banyak berjalan. Ya itu memang tepat kerana

Inilah kehidupan seorang Jurufoto

Hari ini sudah empat hari saya dan rakan-rakan lain (Ismail, Kamarul dan Ruhaizad) berada di Labuan kerana membuat liputan fotografi dan Vedio untuk Bengkel Penghasilan dan Penggunaan Media. Labuan bukanlah besar sangat. Perjalanan darat 95 km. Labuan cantik dengan suasana lautnya. Paling menarik ialah kampung airnya itu Kampung Patau-Patau 1 dan 2. Semasa kami tiba pada 8 April saya dan rakan telah melawat Kampung Patau-Patau 2. Sebenarnya sudah puas menjelahi kampung tersebut sehinggakan Ruhaizad dan Kak Azizan hampir 6 kali menelefon saya dan Kamarul. Namun kerana asyik dengan pemandangan di kampung tersebut kami hanya membiarkan mereka di jeti kampung tersebut. Hampir senja baru kami balik semula ke jeti. Semalam, pukul 4 petang saya, Ismail membawa Ketua kami Prof. Dr. Kamaruddin M.Said ke Kampung Patau-Patau 1. Kali ini kami bersama "bos" masuk semula kampung ini yang menjadi tumpuan pelancong sekiranya datang ke Labuan. Prof. Kamaruddin yang juga minat dengan fotografi

Rumah Air di Kampung Patau-Patau 2 Wilayah Persekutuan Labuan

Imej
Lihat album Kesungguhan kami untuk melawat Labuan menjadi kenyataan apabila berjaya menyewa sebuah kereta Kancil dengan harga RM 60.Setiba kami (saya, Ismail, Kamarul, Ruhaizad dan Kak Azizan)di jeti kesebuah kampung air, saya menanya seorang lelaki yang membawa bot ke Kampung Patau-Patau 2. Apabila dia memberitahu tambang cuma RM 1.00 kami mengambil keputusan untuk melihat Kampung Patau-Patau. Kampung Patau-Patau 2 merupakan kampung atas air yang mempunyai penduduk kira-kra 70 orang. Saya dan Hj Ismail merakam foto still manakala Kamarul merakam vedio. Saya, Hj. Ismail dan Kamarul telah menjelajah kampung air itu untuk merakam gambar. Beberapa perkara hendak saya ketengahkan mengenai kemudahan asas yang terdapat disitu. Air, letrik semua terdapat di kampung air. Cuma yang menjadi masalah ialah kemudahan pembuangan kumbahan penduduk disitu. Saya bertanya seorang penjual burger Puan Anis bagaimana cara untuk membuang "segala kumbahan", beliau menjawab "buang kat air je.

Hari ini berada di Labuan

Imej
Tepat jam 10 pagi tadi saya, Ismail, Kamarul dan Ruhaizad telah selamat tiba di Labuan. Apartment tempat kami sewa mengadap pelabuhan Labuan. Kelihatan suasana sibuk dengan kerja-kerja memunggah kontena. Makanan di sini agak mahal, teh tarik RM 1.80. Namun kualitinya tidaklah sama dengan di Bangi. Tawar, namun sesuai untuk orang yang inginkan mengurangkan gula dalam minumannya. Paling menarik dekat tempat kami bermalam untuk empat hari ini, dibahagian bawahnya terdapat pusat membeli belah. Jualan mutiaranya terdapat banyak disni.

Amat menyeronokkan

Imej
Sebahagian peserta Kursus Fotografi Digital Tiga hari dua malam berada di Hotel De Palma Shah Alam mengendalikan Kursus Fotografi Digital anjuran Unit Latihan dengan kerjasama Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM cukup menyeronokkan. Saya, Hj. Ismail, Ikhwan telah mengendalikan kursus tersebut sejak hari Ahad 5 hingga 7 april (hari ini). Seramai 48 orang rakan-rakan warga UKM telah meluangkan masa selama tiga hari dua malam tersebut mengikuti kursus sambil mempraktikkan amaln fotografi digital yang betul. Mereka telah kami dedahkan bagaimana mengambil merakamkan gambar yang betul. Memilih teknik-teknik komposisi. Ketua Jabatan saya Prof. Dr. Kamaruddin M.Said juga turut padang memberikan ceramah dengan tajuk "Bagaimana menghasilkan foto yang bermutu". Esuk Insyaalah pukul 4 pagi saya bersama Hj. ismail, Kamarul dan Rohaizat (dua rakan vediographer) akan ke airport kerana pukul 7.50 pagi kami berempat akan bertugas di Labuan. Tunggu, ada catatan menarik mulai 8 hingga 12 April

Kursus Fotografi Digital 2009

Insyaalah hari ini saya, Hj Ismail, Ikhwan akan berkampung disebuah hotel di Shah Alam untuk mengendalikan kursus fotografi digital anjuran Unit Latihan UKM. Kursus ini merupakan kursus yang diadakan untuk warga UKM. Kami akan berkampung disana hingga 7 April. Saya dan Hj Ismail akan memulakan ceramah hari ini manakala pukul 8.30 pagi esuk Prof. Dr. Kamaruddin M. Said akan mengendalikan topik yang diminatinya Komposisi dan Cara Menghasilkan Gambar yang Bermutu. Kepada semua peserta kita akan berjumpa disana...