Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Perjalanan perlu dipermudahkan

Imej
Saya harus bersyukur kepada Allah kerana sejak hari Sabtu walaupun kegiatan harian saya agak padat masa tetap ada untukNya dan keluarga. Seawal jam 9 pagi saya telah memulakan kuliah bersama-sama pelajar kursus seni foto. kemudian saya bersama keluarga memulakan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak untuk menghadiri majlis kenduri rakan sepejabat, Ikhwan melangsungkan perkahwinan. Perjalanan ke sana lancar melalui Ijok, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Pukul 4 petang saya dan keluarga bertolak balik ke Bangi dan singgah di Kuala Selangor. Walaupun hujan turun namun perjalanan lancar dan sempat singgah di Bukit Melawati menikmati matahari berlabuh di sana. Selepas bersolat Maqrib di Masjid Kuala Selangor kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan Tuan Haji Razak Hussin pegawai di Pejabat Perhubungan Awam UKM menelefon meminta saya menjadi salah seorang petugas di majlis kenduri Naib Canselor UKM pada hari Ahad (29 Mac). Pada asalnya saya ingin berehat sahaja pada hujung

Kerja sambil belajar

Siapa kata bila kita bekerja tak dapat apa-apa ilmu? Dua hari saya membuat kerja di satu bengkel untuk pelajar di Dewan Gemilang UKM saya telah memperolehi ilmu secara tidak langsung.Biar pun bengkel ini untuk pelajar dapat juga saya pengetahuan

Hari yang meletihkan

Pukul 11 pagi Tuan Haji Razak Pejabat Perhubungan Awam menghubungi saya untuk buat liputan fotografi makan tengahari pemenang Nobel Laureate Lecture Prof. Howard Robert Horvitz di Kelab DANAU UKM. Tugas biasa seorang jurufotolah katakan jam 1 petang bukan waktu rehat seperti rakan-rakan yang bertugas di pejabat. Sehingga jam 4.30 petang masih di Bilik Senat UKM buat liputan syarahannya. Pemenang Nobel Laureate Lecture memanglah menjadi tumpuan para saintis. Bilik Senat dipenuhi dengan orang ramai. Oleh kerana jam 5 petang saya harus menjalankan kuliah untuk Program Peralihan Pembantu Makmal maka saya serahkan tugas kepada Ikhwan. Pukul 7 petang ke Hentian Komuter UKM menjemput isteri balik kerja dari Kuala Lumpur. Jam 8.15 selepas solat Magrib saya bergegas ke Panggung Seni UKM untuk membuat liputan Pesta Pantun UKM 2009. Balik ke rumah jam 11 malam, badan sudah terasa amat letih. Ambil sedikit minyak urut jam 12.3o baru dapat tidur. Rutin begini sudah biasa saya lalui. Cuma letihnya A

Kelebihan ada pada semua orang

Hari ini saya mengadakan kuliah Seni Foto untuk hari ke-10 untuk semester 2 sesi 2008-2009. Masih berbaki 4 kali kuliah. Bulan April nanti pelajar yang sedang mengikuti kuliah saya akan menamatkankan kursus Seni Foto. Justeru akan genaplah untuk tahun ke-12. Saya memulakan tugas mengajar pelajar-pelajar bagi kursus Seni Foto Program Ko-Kurikulum UKM sejak tahun 1997. Maka bulan April akan menyaksikan perpisahan saya dengan anak-anak pelajar seramai 34 orang. Mereka saya didik seperti anak-anak. Malahan saya menggunakan kaedah simple. Jikalau mereka ada masalah yang besar saya akan cuba memudahkan mereka. Maklumlah kursus ini terpaksa diadakan hari Sabtu jam 9 pagi. Jadi faham-faham sajalah hari Sabtu semua orang bercuti, mereka perlu datang ke kuliah selama 3 jam. Lagi-lagilah saya sejak menjadi tenaga pengajar sambilan kursus ini tidak pernah merasa cuti hari Sabtu. Malahan sejak hampir dua bulan saya tidak merasai hujung minggu kerana bukan sahaja hari Sabtu tidak bercuti, malahan ha

Bagaimana saya mengukir kisah dari Sik ke Bangi?

Kisah Dari Sik ke Bangi mendapat respon yang amat mengalakkan dari beberapa orang yang telah membaca ruangan tersebut. Justeru, bagaimana saya boleh mengingati semua itu. Ya, kenangan 40 atau 30 tahun lalu bukan mudah untuk diingati kembali. Saya tidak tahu kenapa ingatan tentang kisah-kisah lama amat mudah diungkit kembali apabila saya berada didepan PC. Mungkinkah orang-orang seusia saya berkeadaan begini? Pertanyaan ini saya lontarkan kerana semasa arwah emak masih hidup dia sering berkeadaan begini. Suka membawa kisah-kisah silam seperti zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Agak banyak juga saya rakam dalam ingatan cerita-cerita kekejaman Jepun. Malahan suatu ketika saya amat berminat siri Shogun di TV. Emak boleh masuk ke dalam bilik semata-mata tidak mahu melihat muka-muka Jepun. Berbalik pada Sik ke Bangi saya banyak menggunakan diari-diari lama. Tahukah anda lagi-lagu lama boleh membawa nostalgia kita. Justeru, semasa mendengar lagu-lagu nyanyian Sharifah Aini, Refe

Perancangan Bengkel di Labuan

Hari ini saya menyertai satu mesyuarat mengenai bengkel yang akan diadakan di Labuan pada 9-11 April depan. Beberapa kata putus telah dibuat. Insyallah jika tidak ada aral melintang saya akan sampai di Labuan pada 8 april ini untuk menguruskan satu bengkel yang akan diadakan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Jabatan Pelajaran Labuan.

Menjadi juri pertandingan fotografi 4KL

Semalam saya, En Harul dan Hj Ismail telah mengadili pertandingan fotografi KL anjuran Persatuan Pelajar Kolej Tun Syed Nasir UKM bertempat di Tasik Titiwangsa KL. Jumlah gambar yang dipertandingkan tidaklah banyak. Namun hasil karyanya bolehlah dibanggakan. Masih ramai peserta yang menampilkan gambar yang ada tema, menepati kehendak teknikal dalam fotografi, namun masih terdapat peserta yang lemah dari mencari komposisi yang mantap. Justeru itu saya dan rakan-rakan juri beranggapan peserta harus mempelajari bagaimana untuk menampilkan hasil karya yang bermutu dengan menekankan elemen komposisi yang baik. Tahniah kepada pemenang bagi ketogeri profesional dan amatur. Lihat foto