Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2005

IsteriKu trauma

Imej
Inilah yang dikatakan takdir Allah. Jika Allah hendak menguji hambanya tetap Dia uji. 1 Ogos saya ke Wisma UNIKEB (Koperasi UKM) nak ambil cek dividen 2004. Ahhh bukan banyak sangat, cukuplah kalau nak bawa anak-anak beli baju dan  "jalan-jalan cari makan ". Tidaklah lama di Wisma UNIKEB. Lepas tu keluar......,dan nak balik ke pejabat hantar isteri ke tempat kerja dia. Entah macamana tiba di simpang berhampiran Jabatan Pembangunan saya membelok masuk ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Nak hantar wang hasil jualan foto kat Hj. Mail. Park kereta betul-betul depan foyer...... Kat dalam berborak sekejap dengan Anah, Ikhwan dan En.Rosly. Isteri saya kata tak mau simpan wang orang lama-lama takut kena curi....Tak sampai 10 minit kami keluar. Wau....!! "Tayar kereta kita bocor....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" kata saya "Mana?" tanya isteri.......Saya buka kereta nak ambil jeck..... Woii saya terkejut. Cermin pintu sebelah pemandu pecah. Ahhh mu